~ As salam semua..post kali berkaitan dengan kursus yg CM hadapi anjuran SK Tg Belanja ~
Kursus ni adalah berkaitan dengan peningkatan kecemerlangan organisasi iaitu sekolah itu sndiri..
So, kursus ni dpt memberi pendedahan mengenai kpntingan peranan setiap pekerja atau dlm konteks sekolah iaitu guru dalam memainkan peranan dengan sebaik mungkin demi kecemerlangan sekolah..
Untuk menjamin kecemerlangan sekolah jgk, semua guru perlu bekerjasama dalam setiap aktiviti atau program yg dijalankan supaya matlamat atau objektif yang sepatutnya dpt dicapai dengan sebaik mungkin..
Walaubagaimanapun, bkn shj pekerja atau guru yg perlu berperanan namun, pihak majikan atau pihak atasan dlm konteks sekolah iaitu guru besar dan guru-guru penolong kanan perlu juga berperanan malah sepatutnye lebih baik lagi drp pekerja supaya mnjadi panduan dan contoh yg baik utk smua..
Kecemerlangan satu organisasi itu amat bergantung kepada kecemerlangan seorang pemimpin itu sendiri kerana pemimpin yang cemerlang dapat membentuk satu organisasi yang cemerlang berdasarkan pelan-pelan strategik yang dilakukan..
Namun, utk menjadi pemimpin yang cemerlang, sikap dan perlakuan pemimpin itu sndiri perlulah disenangi oleh semua pihak supaya tidak berlaku ketidakadilan atau ketidakpuashatian di kalangan pekerja atau pihak bawahan..
sumber inspirasi : fauzinordin
RASIONAL
Pekerja-pekerja di dalam sesebuah organisasi berperanan untuk melaksanakan wawasan, misi dan objektif sesebuah organisasi itu. Tidak kira samada mereka memegang jawatan yang rendah ataupun memegang jawatan yang tinggi, mereka tetap mempunyai peranan yang sama iaitu memajukan organisasi. Kejayaan sesebuah organisasi itu amat bergantung kepada sikap pekerja-pekerja di dalam organisasi itu terhadap tugas mereka. Kursus ini memberi penekanan kepada sikap kerja positif pekerja-pekerja di dalam melaksanakan tugas-tugas mereka supaya diri dan organisasi mencapai kecemerlangan.
OBJEKTIF
Di akhir kursus ini, para peserta akan dapat:
- Mengetahui dan menyedari peranan mereka sebagai pekerja.
- Mengetahui kepentingan sikap positif di dalam kerja dan mengaplikasi sikap-sikap murni itu di dalam diri mereka sebagai pekerja.
- Berkomunikasi dengan lebih berkesan dan mempunyai penggayaan diri atau imej peribadi yang professional.
- Bekerja di dalam pasukan yang kuat dan mantap serta dapat mengatur strategi untuk berjaya di dalam kerja.
- Memberi sumbangan yang bermakna didalam memaju dan mencemerlangkan organisasi.
So, last but not least..CM bersyukur dpt ilmu drp kursus ini..yela..manela tau suatu hari nnt CM dpt jadi seorang guru penolong kanan atau seorang guru besar ke..atau mane2 lah sebagai seorang majikan ke..
ilmu ini dpt dipraktikkan mengikut kesesuaian tempat dan masa..in sya Allah..
semoga bermanfaat utk semua..
No comments:
Post a Comment