~ As salam...entry post kali ni nak cite pasal KSSR..hehe..ari ni baru je lepas p kursus KSSR Dunia Muzik bagi Tahun 3 kt SK Bota Kiri..ade lagi 3 hari berkhusus di sana..tahun lepas dh pegi utk KSSR English Year 1..tahun ni saje je nk pegi kursus Dunia Muzik lak..hehe..so, CM nk kongsi kt blog ni tentang apa yang tersirat dihati mengenai KSSR..hihihi ~
~ Setiap orang ada pandangan dan pendapat masing2 mengenai KSSR ni terutamanya di kalangan guru dan golongan lain..bagi pendapat CM sendiri, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) adalah sesuatu pendekatan yang amat bagus untuk mempersiapkan generasi kita ke arah Wawasan 2020 iaitu Malaysia menjadi Negara Maju..Maju dari segi semua aspek untuk melahirkan warganegara Malaysia yang Seimbang dan Harmonis..alhamdulillah..KSSR digubal adalah untuk menambaikkan UPSR dan PMR..pihak Kementerian bukan saje2 nk ubah sistem pendidikan tetapi ade target tertentu yang hendak dicapai seiring dengan Falsafah Pendidikan Negara..~
~ Adakalanya kita perlu mengubah sesuatu yang biasa kita lakukan demi mencapai segala matlamat yang ditetapkan selama ini..mungkin ada kelemahan dan kekurangan terhadap perkara yang biasa kita lakukan sehingga tidak menampakkan hasil yang sepatutnya..jadi, kita seharusnya mengubah perkara yang biasa kita lakukan atau menambahbaik perkara tersebut supaya segala kelemahan dan kekurangan dapat diatasi dengan melakukan sesuatu tindakan yang baru dan yang dirasakan dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin untuk mencapai matlamat yang ingin dicapai..(wah...CM ke ni..hihi) ~
Allah telah berfirman di dalam Al-Quran:
“….Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri mengubah nasib mereka….”
(Ar-Ra’du:11)
~ Bagi CM, biarlah apa orang nak cakap kerana mereka berhak bersuara dan ada pandangan masing2 kerana pemikiran setiap manusia berbeza..jadi, tak salah kalau ada yang tidak bersetuju dengan pandangan CM..seharusnya kita same2 fikirkan positif terhadap apa yang pihak Kementerian tetapkan setakat ini terutama untuk para guru dalam melaksanakan KSSR ni..CM faham apa yang setiap guru KSSR alami sebab CM pom hadapi jgk smua tu..namun, mentaliti kita mempengaruhi tindakan kita..kalau kita fikir positif, positif la jadinye..kalau kita fikir susah dan terbeban, maka bebanan la yang kita hadapi..~
~ Namun setiap perkara ada kelebihan dan kekurangannya..memang ada jugak yang CM tak bersetuju tentang KSSR dari segi bahan untuk KSSR yang disediakan..bagi sekolah yang besar, bahan yang ada utk menguji setiap murid berdasarkan KSSR semestinya lengkap dengan pelbagai jenis ABM..tetapi bagaimana pula dengan sekolah yang kurang murid atau pedalaman?? ada sekolah yang tak dapat menjalankan sistem KSSR ni dengan sebaik mungkin kerana kekurangan kelengkapan bahan untuk menguji tahap pengetahuan murid dalam KSSR..sebaiknya pihak Kementerian perlu menyediakan peruntukan untuk KSSR dari segi penyediaan bahan alat bantu mengajar dan bahan belajar utk setiap sekolah di Malaysia tetapi diutamakan kepada sekolah-sekolah kurang murid (SKM) dan sekolah pedalaman..itulah yang sepatutnya..sebab itu lah yang menjadi rungutan guru-guru di sekolah -sekolah yang kurang murid...sehingga mereka fikir KSSR menjadi beban untuk guru semasa proses penilaian guru terhadap murid dijalankan..~
~ Tak dinafikan,KSSR juga adalah untuk memajukan dan memperbaiki lagi sistem pendidikan generasi kita setanding dengan pendidikan negara-negara maju serta persiapkan diri mereka ke arah menghadapi dunia globalisasi yang semakin mencabar pada masa akan datang..supaya dpt menjadikan mereka manusia yang serba boleh dalam semua bidang..dan pendidikan negara-negara maju menjadi penanda aras untuk sistem pendidikan negara kita kini..apa yang baik, perlu kita contohi..apa yang kurang perlu diatasi dan diperbaiki..~
~ Semoga sgala apa yang dirancang oleh Kementerian dapat membuahkan hasil yang terbaik demi perintis kepimpinan masa depan negara Malaysia..insyaAllah..sebagai guru, CM akan cuba menjalankan tanggungjawab dalam melaksanakan KSSR ini terhadap murid dan cuba memperbaiki diri serta tingkatkan usaha untuk jadikan ank didik insan yang cemerlang dan dapat memberi sumbangan yang berguna untuk agama, bangsa dan Malaysia..InsyaAllah..amin..~
"Ya Allah, Kau berilah mereka anak didikku cahaya dan petunjukMU supaya mereka mendapat ilmu yang bermanfaat dan jadikanlah mereka insan-insan cemerlang dan berguna demi agama, bangsa dan negara..amin ya rabbal alamin.."
No comments:
Post a Comment