RASULULLAH S.A.W.. ADAB UZ-ZIFAF Ahmad telah menceritakan :
"Telah
menceritakan kepada kami oleh 'Amru bin Hafsah dan Abu Naar dari Muhammad bin
Al-Haitham dari Ishak bin Hanjih, dari Husaif dari Mujahid daripada Al-Khudri yg berkata :
"Rasulullah s.a.w. telah berwasiat kepada Saidina Ali bin
Abi Talib r.a di mana baginda telah bersabda :
"Wahai Ali, bila pengantin
perempuan masuk ke dalam rumahmu, maka (suruh ia) tanggalkan kasutnya ketika ia
duduk dan (suruh ia) membasuh kedua-dua kakinya .
Maka sesungguhnya apabila kamu berbuat demikian maka Allah
mengeluarkan tujuh puluh (70 ) jenis kefaqiran dari rumah kamu dan Allah s.w.t.
menurunkan tujuh puluh ( 70 ) rahmat yang sentiasa menaungi di atas kepala pengantin
sehingga sentiasa keberkatan itu meratai setiap penjuru rumahmu dan pengantin
itu sejahtera dari penyakit gila, sawan (gila babi) dan sopak selama mana ia
berada di dalam rumah tersebut.
Laranglah pengantin itu daripada memakan dan
meminum empat ( 4 ) jenis makanan ini pada minggu pertama perkahwinan iaitu :-
1. Susu
2. Cuka
3. Coriander (Ketumbar)
4. Apple Masam
Saidina Ali r.a bertanya :
"Wahai Rasulullah, mengapakah empat jenis
makanan ini di larang..?
"Baginda menjawab :
"Kerana rahim perempuan
itu kering dan sejuk, dengan sebab dari empat perkara (makanan) ini untuk
menghalang dari dapat anak.
Sesungguhnya tikar di penjuru rumah adalah lebih
baik daripada perempuan yang tidak dapat anak.
"Saidina Ali r.a ! bertanya :
"Wahai rasulullah, mengapakah cuka itu
di larang..? (semasa haid dan semasa minggu pertama perkahwinan) .
"Baginda menjawab :
"Apabila ia minum cuka semasa haid, sesungguhnya haidnya itu
tidak akan bersih selama-lamanya secara sempurna.
Mengenai Coriander (ketumbar) ia mengganggu haid di dalam perutnya dan
menyukarkan kepadanya kelahiran .
Tentang Apple masam, ia memotong haid sebelum masanya maka menjadikan haid itu berlalu begitu saja dengan sebabnya.
Tentang Apple masam, ia memotong haid sebelum masanya maka menjadikan haid itu berlalu begitu saja dengan sebabnya.
""WAHAI ALI PELIHARALAH WASIATKU INI SEBAGAIMANA AKU TELAH
MEMELIHARANYA DARI JIBRIL A.S."
Alhamdulillah..CM dapat info yang berguna utk dikongsi bersama...
smoga bermanfaat utk semua terutama kaum wanita yang bakal berkahwin dan telah berkahwin...
same2 kte amalkan..
in sya Allah..
No comments:
Post a Comment