~ MOTIVASI...ssuatu yg amat brmakna dn sntiasa diprlukan dlm hidupku..tanpa motivasi, sgala tindakan yg aku lakukan selama ni xmgkin dpt dilaksanakn dgn baik dn lebih strategik..~
"Perkataan MOTIVASI adalah berasal daripada perkataan Bahasa Inggeris - "MOTIVATION". Perkataan asalnya ialah "MOTIVE" yang juga telah dipinjam oleh Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia kepada MOTIF, yakni bermaksud TUJUAN.."
Jom kita lihat ape pentingnye motivasi dlm kehidupan kte seharian...
"Motivasi adalah sesuatu yang menggerak dan mengarahtuju seseorang dalam tindakan-tindakannya sama ada secara negatif atau positif."
"Motivasi adalah suatu bentuk dorongan minda dan hati yang menjadi penggerak utama seseorang, sesebuah keluarga atau organisasi untuk mencapai apa juga yang diinginkan"
"Motivasi adalah darjah atau tahap kesungguhan dan tempoh keterusan seseorang, berusaha untuk mencapai tujuan atau matlamat.."
"Motivasi adalah stimulasi atau semangat akibat rangsangan atau keghairahan terhadap sesuatu yang benar-benar diingini.."
"Motivasi adalah suatu mangkin yang menimbul dan menyeramakkan keinginan, keberanian dan kesungguhan untuk mencapai sesuatu matlamat mencabar yang benar-benar diingini serta diyakini boleh dicapai / perolehi.."
~ selain itu...
"Motivasi adalah sebab-sebab yang membantu orang melakukan pelbagai perbuatan bagi mencapai matlamat di mana motivasi dapat mendorong, mengarah dan mengekalkan sesuatu tingkah laku manusia. (Santrock)"
"Motivasi merupakan dorongan dari dalam yang berupa harapan dan keingingan yang bersifat menggiatkan dan menggerakkan individu. (Mohammad Shatar Sabran, 2005)"
"Motivasi adalah proses membangkitkan, mengarahkan dan mengekalkan tindakan tingkah laku ke arah tujuan tertentu, di mana sebelumnya tidak ada gerakan menuju ke arah tujuan tersebut (Ford, 1992 dalam Mohammad Shatar Sabran, 2005)"
"Motivasi juga ialah keinginan untuk mencapai kejayaan pada setiap langkah perancangan tindakan dan memandu kita ke arah kecemerlangan hari demi hari. (Cairo)"
"Motivasi ialah suatu proses untuk menggalakkan sesuatu tingkah laku supaya dapat mencapai matlumat-matlumat yang tertentu. (wikipedia)"
SAYA PERCAYA BAHAWA SESEORANG YANG CEMERLANG DALAM HIDUPNYA ITU TIDAK KIRA SAMA ADA DALAM KERJAYA, KELUARGA DAN SEUMPAMANYA ADALAH KERANA..
MOTIVASI YG ADA DALAM DIRINYA..
SAYA PERCAYA BAHAWA SESEORANG ITU TAK KAN BERJAYA DALAM SEGALA APA YANG DILAKUKAN JIKA TIADA MOTIVASI YG WUJUD DALAM DIRINYA..
DAN SAYA PERCAYA BAHAWA "MANUSIA YANG BERJAYA, CEMERLANG DAN TERBILANG..ADALAH KERANA MANUSIA ITU SEORANG YANG BERMOTIVASI TINGGI.."
~ apa yg dinyatakan adalah brdasarkan pngalaman, ilmu dan ilmiah yg diperolehi selama hidup 24 thn ni..mungkin sy masih mentah dan mude lg utk mnyatakan ssuatu fakta atau kenyataan..hehehe..tetapi sy tahu bahawa MOTIVASI amat penting dlm hidup seseorang tidak kira berapa pom usianya..~
Hasil daripada pengalaman sy dalam profesion perguruan, sy dapati murid-murid yg kurang motivasi dalam dirinya akan menghadapi masalah dalam pembelajarannya..kekurangan motivasi itu bukan semata-mata motivasi atau nasihat yg diberikan..tetapi ianya juga melibatkan persekitaran, suasana, sikap org di sekeliling dan hasil didikan drp penjaga murid tersebut...semua itu amat berkait rapat dlm memotivasikan murid-murid..
Sekarang ni..sejak bergelar guru..masalah pembelajaran murid-murid menjadi isu utama dlm kotak pemikiran..dimanakah silapnya?? bagaimanakah caranya?? apakah yg perlu dilakukan?? Segala persoalan bermain di fikiran..huhuhu...
Sekarang ni..sejak bergelar guru..masalah pembelajaran murid-murid menjadi isu utama dlm kotak pemikiran..dimanakah silapnya?? bagaimanakah caranya?? apakah yg perlu dilakukan?? Segala persoalan bermain di fikiran..huhuhu...
Mungkinkah dgn memberi motivasi yg secukupnya dapat mengubah perlakuan mereka?? Adakah motivasi yg diberi tu dapat membangkitkan semangat mereka utk belajar??
Daripada kepercayaan, kajian, pengalaman ku yg terdahulu..pasti akan berjaya bukan?? huhuhu..tunggu dan lihat ajelah...akn ku usahakn slagi trdaya utk membentuk ank-ank muridku mnjadi seseorg yg brguna dn brjaya dlm hidupnya..amin..INSYAALLAH...(^_^)
Anda bleh rujuk smula di laman web berikut utk pengetahuan lebih lanjut :
http://www.ugmc.bizland.com/ak-ertimotivasi.html
http://fmtt.blogspot.com/2008/07/motivasi-tu-apa.html
No comments:
Post a Comment