Daisypath Graduation tickers

Sunday, February 19, 2012

TiANg AGaMa


Hadis R. Muslim mengingatkan kita pesanan Rasulullah SAW: 

“Suruhlah anak-anakmu mengerjakan solat bila mereka telah berusia 7 tahun, dan pukullah jika meninggalkannya bila
mereka telah berumur 10 tahun, dan pisahkanlah mereka di tempat tidur.”

Mengapa 7 tahun?

Mengapa tidak 5, 12, 15 atau 21 tahun?

Mengapa tentang “solat”? Mengapa tidak lain yang lebih “ringan”?

Pasti ada sebab-sebab yang afdhal sebagai dalil mutlak yang memerlukan kita memulakan anak anak solat dari usia 7 tahun. Pasti ada sebab-sebab agung bahawa, bila berusia 7 tahun, anak sudah mampu melakukan solat sebagai penghayatan hariannya. Pasti sebab-sebab itu telah didasarkan kepada sifat-sifat semula-jadi bagi manusia yang mampu diperolehi pada usia 7 tahun.Jika tidak, anjuran Hadis ini boleh membuat ramai ibubapa merasa gelisah dengan kerungsingan:

“Macam mana ni, nak bagi anak solat pada usia 7 tahun! Ia masih budak-budak lagi … apa!”

Insya-Allah, melalui artikel ini akan diterangkan dalil-dalilnya supaya kita yakin dan bersyukur bahawa anak-anak yang telah mula melakukan solat harian dari usia 7 tahun akan mudah dibesarkan dengan penuh barakah dari segi ilmu, akhlak, ibadah dan kebajikannya.

MENGAPA “SOLAT”???

Solat adalah tiang agama. 

Solat perisai hidup. 

Solat mengajar anak menjaga masa (waktu-waktu solat). 

Solat memberi peluang untuk sujud dan berdoa. 

 Solat mengindahkan kehidupan kerana wajah indah adalah “taqwa”.

Solat juga memerlukan kita mempunyai beberapa hakikat dan sifat tertentu, khususnya

KITA FAHAM: Faham bahawa kita beragama Islam, dan sebab kita dijadikan adalah untuk sujud ke hadrat Ilahi.
 [Surah Adz-Zaariyat 51 Ayat 56: “Ku ciptakan jin dan manusia itu hanyalah supaya mereka sujud (memuja) kepada-Ku”]

 KITA YAKIN: Yakin kerana kita telah “faham”, dan “keyakinan” adalah asas keimanan.

KITA RELA: Bila sudah faham dan yakin, kita sedar “merelakan diri”, sedia dan terima.

KITA AZAM: Dengan rela, faham dan yakin, kita mudah ceria, berminat dan “berazam”

KITA SYUKUR & JAGA: Kerana begitu azam kita pasti dapat mengecap keindahan solat sehingga kita rasa amat syukur dan berusaha menjaga ibadah dan kehidupan kita dengan membanyakkan yang “maaruf” dan menghindarkan diri kita dari yang “mungkar”.

Sekiranya sifat-sifat ini diperlukan agar anak faham dan senang dimulakan bersolat dari usia 7 tahun, mampukah ia membina sifat-sifat serta hakikat-hakikat itu pada usia 7 tahun?
Ya, boleh kerana dari ilmu kajian sains, tahap pembinaan jentera asas akal (otak-saraf manusia) telah matang mencapai lebih dari 95% pada usia 7 tahun. 

Pencapaian tahap pembentukan inilah yang memberi anak kita landasan untuk mampu berfikir, memilih, merasa yakin, berazam, dan mudah mirip untuk merasa syukur serta menjaga kebaikan dirinya, insya-Allah.

Pakar-pakar Sains Neurologi (ilmu tentang otak-saraf) telah lama menemui tahap-tahap pembangunan dari detik hamil hingga usia 6 tahun:

PROSES DALAM RAHIM:
Hari ke-16 otak saraf mula
dibina


Hari ke-120 sel2 otak lengkap (100 billion sel)

[Hari ke-120 Tiupan Roh & Kurniaan Empat kalimat]



WAKTU LAHIR:
Otak-Saraf terbina pada tahap 25%



USIA 6 BULAN:
Otak-Saraf terbina pada tahap 50%



USIA 3 TAHUN:
Otak-Saraf terbina pada tahap 85%



USIA 6 TAHUN:
Otak-Saraf terbina pada tahap 95%



Apakah yang dimaksudkan dengan tahap 25% atau 50% atau 85% atau 95%? 

Berikut adalah menerangkan apa yang berlaku kepada sistem otak-saraf anak-anak kita:

Setiap satu sel neuron mampu membina cabang2 dendrit,bercambah menghasilkan rangkaian2 yang menyimpan dan menyusun maklumat. 

Melalui rangkaian2 ini otak-saraf berfungsi membina dan menyusun ilmu, pengalaman, dan berbagai kemampuan yang memberi manusia berbagai sifat serta kebolehan untuk hidup sempurna. Lebih awal proses ini berlaku, lebih sempurna dan kukuh ilmu, pengalaman dan kebolehan yang disusun itu.

Alhamdulillah, melalui proses-proses ini, manusia, secara fitrah, telah diberikan jentera otak-saraf yang merupakan landasan untuk anak-anak kita membina ilmu, amalan dan kebajikan pada paras tinggi, dan landasan itu amat besar. 

Sila lihat perbandingan di antara sistem-sistem simpanan:

Sebagai sistem simpanan maklumat, otak-saraf manusia mempunyai kemampuan yang amat besar jika dibanding dengan sistem-sistem lain yang direka oleh manusia:

Otak Manusia - 125,500,000,000,000
Arkib Negara Amerika - 12,500,000,000,000
IBM 3850 MTC - 250,000,000,000
Encyclopaedia Britannica (19 vol) - 12,500.000.000
Disk Magnetik - 313,000,000
Disket Lentur (Floppy Disk) - 2,500,000
Buku - 1,300,000

Dari rajah-rajah ini kita dapat sama-sama melihat bahawa otak-saraf merupakan “kemudahan”
(anugerah Tuhan) yang terlibat dalam proses pembangunan “Anak Cemerlang, Anak Mulia”, dan potensinya amat besar. Inilah sifat mutlak yang memudahkan pendidikan anak pada tahap yang tinggi sehingga pada usia 7 tahun, anak-anak mampu mencapai pembangunan pada tahap lebih dari 95%. Hal ini amat selaras dengan panduan Al-Quran tentang sempurnanya bentuk
manusia yang telah dijadikan Tuhan:

Dalil2 Al-Quran

Dan segala yang diciptakanNya dibuatNya dengan sebaik-baiknya, dan dimula menciptakan manusia dari tanah. 
(As-Sajadah 32:7)

Sesungguhnya Kami telah mencipta manusia dalam rupa yang amat baik. 
(S At-Tiin 95:4)

Sesungguhnya telah kami muliakan anak-anak Adam, Kami angkut mereka di daratan dan di lautan, Kami beri mereka rezeki yang baik-baik, dan Kami lebihkan mereka dari kebanyakan
makhluk yang Kami ciptakan, dengan kelebihan yang sempurna. (Surah Al-Israa’ 17:70)

Hai manusia! Apakah yang memperdayakan engkau terhadap Tuhan engkau Yang Pemurah? Yang menciptakan engkau, menyempurnakan kejadiaan engkau dan membuat engkau
dengan ukuran yang seimbang. .. Menurut bentuk yang dikehendakiNya, engkau disusunNya
(Al-Infithar 82:6-8)


MAMPU SEMPURNA PADA USIA 7 TAHUN
Oleh itu, saya begitu yakin bahawa anak-anak kita, pada usia 7 tahun, seharusnya sudah mampu memperolehi sifat-sifat tingga (secara mutlak) sehingga mereka mudah:

FAHAM: Bahawa kita beragama Islam, dan faham perlunya “sujud”
 [S.Adz-Zaariyat 51:56]

YAKIN: Kerana kita telah “faham”, keyakinan menjadi asas keimanan.

RELA: Kerana faham dan yakin, kita “rela” serta betul-betul sedia dan terima.

AZAM: Kerana faham, yakin dan rela, kita lebih mudah ceria, berminat dan “berazam”.

SYUKUR & JAGA: Kerana azam kita mudah mengecap keindahan solat sehingga kita rasa syukur dan berusaha menjaga ibadah dan kehidupan berasaskan “maaruf nahi anil mungkar”.

Dalam rangka proses pendidikan ini, “Akil Baligh” amat utama. Anak yang sempurna penyediaannya untuk akil baligh akan lebih selamat bila ia menjejak usia remaja. Bagi semua ini, SOLAT merupakan faktor utama, dan faktor ini perlu dihasilkan pada usia 7 tahun. 

Insya-Allah, bila anak sudah biasa dengan solat pada usia 7 tahun, ia akan mudah melazimkan dirinya dengan solat pada usia 10 tahun (tanpa didenda), dan, jika ini terpacak sebagai amalan hariannya, insya-Allah, Fardhu ‘Ain anak akan sempurna, dan usia remajanya penuh dengan barakah, insya-Allah.


TUJUH TAHUN & DUNIA SEKOLAH

Usia 7 tahun juga merupakan detik penting dari sudut kemasyarakatan kerana pada usia itu, anak kita sudah mula menjejak dunia persekolahan. Dalam suasana sekolah, ia seharusnya sudah mampu berturtur dengan baik, membaca, sudah hafal berbagai surah-zikir-doa, menulis, melukis, pandai menjaga diri, mempunyai berbagai ilmu berguna yang luas, bersifat baik, senang menjayakan dirinya dalam persekolahan, serta menyenangkan kehidupan ibubapanya.

Dengan pencapaian yang begitu tinggi dan luas (pada usia 5, 6 atau 7 tahun) anak-anak ini pasti akan mudah memahami apa sahaja yang bakal diajar di sekolah. Insya-Allah, mereka akan pasti mampu menjayakan diri mereka pada tahap-tahap sekolah bermula usia 7 tahun. Semua ini pula dilandaskan dengan akhlak, iman dan budi-pekerti yang baik semata-mata kerana telah dibiasakan melakukan solatnya dari usia 7 tahun. Wallahu`alam bissawab.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SeGaLaNya UnTuKMu..AbaH dan Ummi

SeGaLaNya UnTuKMu..AbaH dan Ummi