Daisypath Graduation tickers
Showing posts with label tazkirah. Show all posts
Showing posts with label tazkirah. Show all posts

Saturday, November 16, 2013

LaYaN EmoSi DeNgaR LaGu TaHaJuD CinTa







Kau datang ketika duka

dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga





Ku haus di tengah laut
lemas mencari tempat berpaut
kirimkan aku kekuatan
serta pedoman di kesesatan



Ku sunyi dalam gembira
perih pedih tanggung derita
sungguh aku bukan wali
yang suci dari hina dan benci



Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga




Terlalu lama aku mencuba
terlalu banyak
cinta yang ku damba
tiada yang sempurna
hanyalah fana
Tuhan, ampuni hamba-Mu




Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga




Ku rebah di dada malam
memecah dendam yang lama diam
ku tanggalkan baju dunia
dakapku dengan selimut syurga
ya Tuhanku hanya padamu
tempat mengadu segala rindu
limpahi ku rahmat kasihmu
dalam tahajjud cinta bersujud









Friday, August 10, 2012

MenCaRi LaiLaTuL QaDaR


~ As salam..dah lame x update kt sini..al maklum lah sibuk memanjang..huhu..skrg ni dah menghampiri 10 malam terakhir ramadhan, terdetik hati ni nk post pasal Malam Al-Qadr..huhu..~

~ Sebagai hambaNYA, kita perlu sentiasa berusaha menjadi hamba yang terbaik utk Allah..hidup mati hanya untuk Allah..selagi umur masih ada, cuba membuat perubahan dalam diri menjadi lebih baik drp sebelum ni..insyaAllah..jika diizinkan Allah, niat kerana Allah, Allah akan bantu hamba2NYA..semoga ramadhan kali ini lebih bermakna dengan pertemuan Malam Al-Qadr..setiap muslim dan muslimah pasti mengidam-idamkan malam yang penuh barakah ini..begitu jugak dgn CM..rase nak sangat2 dapat malam berkat ni..semoga dipertemukan denganLailatul Qadar pd thn ini dan thn2 akan datang jika masih dipanjangkan umur..amin..~

~ Serba sedikit maklumat mengenai Malam Al-Qadr..terima kasih ats perkongsian ilmu ini kepada blogger-blogger berikut..smoga bermanfaat..~

langitilahi
shafiqolbu
nesloo







Ya Allah..Ya Malik..Ya Quddus..
Sesungguhnya..
Aku hamba yang daif..
Aku hamba yang lemah..
Aku hamba yang terlalu banyak dosa padaMU..
Dosa-dosaku ibarat pasir di tepian pantai..
Sesungguhnya aku sendiri yang menzalimi diri ini..

 Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim..
Jika Ramadhan kali ini adalah terakhir buatku..
Kau temukan lah aku dengan Lailatul Qadar..
Malam yang penuh rahmat..
Malam yang lebih baik drp 1000 bulan..
Malam yang menjadi idaman setiap insan..
Malam yang penuh barakah dan keberkatan..



Ya Allah Ya Mutakabbir Ya Hamid..
Kau berikanlah peluang kepadaku Ya Allah..
untuk merasai malam ini sekali seumur hidupku..
jika Kau temukan aku berkali-kali dengannya..
Alangkah indahnya Ya Allah..
suatu anugerah yang tidak ternilai utkku..

Ya Allah..Ya Razaq..Ya Mubin..
Berilah aku kesempatan utk menemui Malam Al-Qadr,
sepanjang usiaku..
Kau izinkanlah pertemuan ini..
Kau berkatilah Ya Allah..
Sesungguhnya aku hanya mampu memohon padamu..
aku hanya mampu berdoa..
aku hanya mampu menitiskan air mata
aku hanya mampu berharap
Namun Kau jua yang menentukan segalanya..
Aku redha dan pasrah dengan segala ketentuanMU..
Amin  Yarabbal alamin..







Sunday, April 1, 2012

TiPs RaSuLuLLaH S.A.W


Jom sama2 kita amalkan..sama2 hidupkan sunnah Rasulullah S.A.W...insyaAllah..










1. SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH




MANDI pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.
Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insyaallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

RASULULLAH SAW amat menyukai minuman madu yang dicampur dengan air sejuk. la bukan semata-mata lazat tetapi juga sebagai salah satu amalan kesihatan. Rasulullah juga suka minum air sejuk dan mencicip madu sebelum makan apa-apa pada waktu pagi selain minum air yang telah disimpan semalaman dalam sebuah bekas.

air sejuk

madu








+ 












Antara khasiat amalan-amalan ini adalah:

• Menghilangkan balqham (kahak/lendir).
• Mencuci perut.
• Membuang sisa makanan yang tertinggal dalam perut yang tidak dicernakan dengan sempurna dan menolaknya ke usus besar.
• Menghapuskan sukatan dalam usus, menghilangkan senak perut dan sedu.
• Memperbaiki fungsi buah pinggang, limpa dan hati.

Aisyah r.a meriwayatkan bahawa:

"Di antara banyak jenis minuman, Rasulullah SAW suka minuman manis dan sejuk." Hadis bermaksud, baginda menggemari minuman manis dan sejuk, campuran madu atau nabiz (rendam buah tamar).

Di dalam satu doa, Rasulullah ada menyebut: 

"Ya Allah, kurniakanlah aku dengan cintaMu yang lebih besar dari cintaku kepada nyawa, harta, anak dan cintaku kepada air sejuk." 

Ini memberi isyarat bahawa sudah tentu minuman air sejuk itu mempunyai khasiat yang lebih besar.

Adapun minuman jika terkumpul di dalamnya kemanisan dan kesejukan akan menjadi sebab yang paling bermanfaat untuk penjagaan kesihatan tubuh badan sekaligus berperanan sebagai bahan pemakanan dan mencernakan makanan yang masuk ke dalam tubuh lalu menyalurkannya ke seluruh anggota badan.


Adab Minum

  • Gelas atau cawan hendaklah dipegang dengan tangan kanan.
  • Bacalah 'Bismillah'.
  • Minum dengan tiga nafas.
  • Minum dalam keadaan duduk.
  • Jangan bernafas ke dalam air. Setiap kali berhenti minum arahkan pernafasan ke tempat lain.
  • Setiap kali berhenti minum (pada setiap pemafasan), bacalah 'Alhamdulillah'.
  • Jika tidak ada tempat untuk duduk adalah diharuskan minum sambil berdiri.
  • Minum dari baki air yang telah diminum oleh orang lain, hadis menyatakan bahawa saki baki air minuman seseorang Islam adalah ubat untuk penyakit.
  • Jangan terus minum selepas dari melakukan persetubuhan ataupun setelah selesai mengerjakan kerja-kerja berat. 
Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardu dan solat Subuh secara berjemaah.

Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.

Diriwayatkan oleh Imam Muslim dengan sanadnya daripada Saiyidah Aishah r.a., isteri Rasulullah SAW, bahawa Baginda telah bersabda:



"Solat dua rakaat (sebelum) Solat Subuh itu lebih baik daripada dunia dan segala isi buminya".

Dan diriwayatkan oleh Saiyidah Aishah juga bahawa Rasulullah SAW bersabda lagi berkenaan solat dua rakaat ini:


"Dua rakaat ini lebih aku sukai daripada segala isi dunia."

Dan diriwayatkan lagi oleh Saiyidah Aishah r.a. bahawa Rasulullah SAW apabila di dalam perkara Solat Sunat, Baginda mengambil berat untuk mengerjakan Solat Sunat Subuh lebih daripada yang lain-lain. 

Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrain. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang berkenaan.



2. AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN



Rasulullah sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.


“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.”


(Hadis riwayat Muslim)
`Dari Aisyah r.a, katanya: Rasul s.a.w bersabda:
“ Sepuluh perkara dari (peraturan-peraturan kebersihan) yang dituntut oleh agama, iaitu:menggunting misai,,membiarkan janggut(tumbuh panjang serta mengemaskannya), bersugi (membersihkan gigi), menyedut air-membersihkan hidung, memotong kuku, membasuh buku-buku jari, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari, dan beristinjak”. 
Kata Mas`ab (salah seorang rawi hadis ini): 
“dan aku lupa akan perkara yang kesepuluh, aku fikir perkara itu) tidak lain dari berkumur-kumur..”


 KEBERSIHAN ADALAH SEPARUH DARIPADA IMAN..




3.TIDAK PERNAH MAKAN BERLEBIHAN

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: 


“Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).”
(Muttafaq Alaih)


Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan. Maka peruntukkan tempat untuk makanan mengikut had yg ditetapkan.

Kenapa kita kena berhenti makan sebelum kenyang? Sebabnye..yg mcm Nabi ckp kt atas tu la..manusia ni ade 3 saluran dalam perut iaitu..

1. Saluran makanan

2. Saluran air

3. Salauran angin


Ape kena mengena plak saluran2 tu dgn berhenti makan sebelum kenyang. Pesan orang2 tua kalau dah 3 kali sendawa tu berhenti la makan.. Kalau nak tahu, zaman Rasulullah lagi dah amalkan semua ni tau, sebab ape?


Sendawa yang pertama tu bermakna saluran makanan kita dah ditutup

Sendawa yang ke2 Allah tutup pulak saluran air

Sendawa ke3 yang Allah tutupkan saluran angin..

Jadi,sebab itu kalau makan banyak sangat akan termengah2 penat...yang jadi cmtu sebab saluran angin tu telah ditutup kerana kita telah makan berlebihan melebihi 3 kali sendawa..info ini drp meydisukasuka





Rasulullah s.a.w juga megingatkan umatnya supaya TIDAK MAKAN SEBELUM LAPAR dan JANGAN MAKAN TERLALU KENYANG.






Untuk menyeimbangkan kesihatan badan, Rasulullah s.a.w menggalakkan kita berpuasa sunat setiap minggu.Kelebihan berpuasa itu terlalu banyak untuk kesihatan badan terutamanya sistem badan manusia dapat berehat untuk sementara waktu.


Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadan bagi menyeimbangkan kesihatan.


Selingan..kisah kucing yang gemok..







 Kesimpulannye..janganlah tiru aksi dan perangai kucing ni..tak kenyang2..x baca bismillah la tu sblom makan..huhu..lama2 jadi cmni la..










4.GEMAR BERJALAN KAKI



Amalan bersenam merupakan cara terbaik untuk kekalkan kesihatan. Cara paling mudah dan menjimatkan perbelanjaan adalah berjalan kaki.

Rasulullah s.a.w berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar.

Ini penting untuk mencegah penyakit jantung. Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. Kalau mahu meletakkan kenderaan, mesti letak betul-betul di hadapan tempat yang hendak kita pergi.








Sunday, February 19, 2012

TiANg AGaMa


Hadis R. Muslim mengingatkan kita pesanan Rasulullah SAW: 

“Suruhlah anak-anakmu mengerjakan solat bila mereka telah berusia 7 tahun, dan pukullah jika meninggalkannya bila
mereka telah berumur 10 tahun, dan pisahkanlah mereka di tempat tidur.”

Mengapa 7 tahun?

Mengapa tidak 5, 12, 15 atau 21 tahun?

Mengapa tentang “solat”? Mengapa tidak lain yang lebih “ringan”?

Pasti ada sebab-sebab yang afdhal sebagai dalil mutlak yang memerlukan kita memulakan anak anak solat dari usia 7 tahun. Pasti ada sebab-sebab agung bahawa, bila berusia 7 tahun, anak sudah mampu melakukan solat sebagai penghayatan hariannya. Pasti sebab-sebab itu telah didasarkan kepada sifat-sifat semula-jadi bagi manusia yang mampu diperolehi pada usia 7 tahun.Jika tidak, anjuran Hadis ini boleh membuat ramai ibubapa merasa gelisah dengan kerungsingan:

“Macam mana ni, nak bagi anak solat pada usia 7 tahun! Ia masih budak-budak lagi … apa!”

Insya-Allah, melalui artikel ini akan diterangkan dalil-dalilnya supaya kita yakin dan bersyukur bahawa anak-anak yang telah mula melakukan solat harian dari usia 7 tahun akan mudah dibesarkan dengan penuh barakah dari segi ilmu, akhlak, ibadah dan kebajikannya.

MENGAPA “SOLAT”???

Solat adalah tiang agama. 

Solat perisai hidup. 

Solat mengajar anak menjaga masa (waktu-waktu solat). 

Solat memberi peluang untuk sujud dan berdoa. 

 Solat mengindahkan kehidupan kerana wajah indah adalah “taqwa”.

Solat juga memerlukan kita mempunyai beberapa hakikat dan sifat tertentu, khususnya

KITA FAHAM: Faham bahawa kita beragama Islam, dan sebab kita dijadikan adalah untuk sujud ke hadrat Ilahi.
 [Surah Adz-Zaariyat 51 Ayat 56: “Ku ciptakan jin dan manusia itu hanyalah supaya mereka sujud (memuja) kepada-Ku”]

 KITA YAKIN: Yakin kerana kita telah “faham”, dan “keyakinan” adalah asas keimanan.

KITA RELA: Bila sudah faham dan yakin, kita sedar “merelakan diri”, sedia dan terima.

KITA AZAM: Dengan rela, faham dan yakin, kita mudah ceria, berminat dan “berazam”

KITA SYUKUR & JAGA: Kerana begitu azam kita pasti dapat mengecap keindahan solat sehingga kita rasa amat syukur dan berusaha menjaga ibadah dan kehidupan kita dengan membanyakkan yang “maaruf” dan menghindarkan diri kita dari yang “mungkar”.

Sekiranya sifat-sifat ini diperlukan agar anak faham dan senang dimulakan bersolat dari usia 7 tahun, mampukah ia membina sifat-sifat serta hakikat-hakikat itu pada usia 7 tahun?
Ya, boleh kerana dari ilmu kajian sains, tahap pembinaan jentera asas akal (otak-saraf manusia) telah matang mencapai lebih dari 95% pada usia 7 tahun. 

Pencapaian tahap pembentukan inilah yang memberi anak kita landasan untuk mampu berfikir, memilih, merasa yakin, berazam, dan mudah mirip untuk merasa syukur serta menjaga kebaikan dirinya, insya-Allah.

Pakar-pakar Sains Neurologi (ilmu tentang otak-saraf) telah lama menemui tahap-tahap pembangunan dari detik hamil hingga usia 6 tahun:

PROSES DALAM RAHIM:
Hari ke-16 otak saraf mula
dibina


Hari ke-120 sel2 otak lengkap (100 billion sel)

[Hari ke-120 Tiupan Roh & Kurniaan Empat kalimat]



WAKTU LAHIR:
Otak-Saraf terbina pada tahap 25%



USIA 6 BULAN:
Otak-Saraf terbina pada tahap 50%



USIA 3 TAHUN:
Otak-Saraf terbina pada tahap 85%



USIA 6 TAHUN:
Otak-Saraf terbina pada tahap 95%



Apakah yang dimaksudkan dengan tahap 25% atau 50% atau 85% atau 95%? 

Berikut adalah menerangkan apa yang berlaku kepada sistem otak-saraf anak-anak kita:

Setiap satu sel neuron mampu membina cabang2 dendrit,bercambah menghasilkan rangkaian2 yang menyimpan dan menyusun maklumat. 

Melalui rangkaian2 ini otak-saraf berfungsi membina dan menyusun ilmu, pengalaman, dan berbagai kemampuan yang memberi manusia berbagai sifat serta kebolehan untuk hidup sempurna. Lebih awal proses ini berlaku, lebih sempurna dan kukuh ilmu, pengalaman dan kebolehan yang disusun itu.

Alhamdulillah, melalui proses-proses ini, manusia, secara fitrah, telah diberikan jentera otak-saraf yang merupakan landasan untuk anak-anak kita membina ilmu, amalan dan kebajikan pada paras tinggi, dan landasan itu amat besar. 

Sila lihat perbandingan di antara sistem-sistem simpanan:

Sebagai sistem simpanan maklumat, otak-saraf manusia mempunyai kemampuan yang amat besar jika dibanding dengan sistem-sistem lain yang direka oleh manusia:

Otak Manusia - 125,500,000,000,000
Arkib Negara Amerika - 12,500,000,000,000
IBM 3850 MTC - 250,000,000,000
Encyclopaedia Britannica (19 vol) - 12,500.000.000
Disk Magnetik - 313,000,000
Disket Lentur (Floppy Disk) - 2,500,000
Buku - 1,300,000

Dari rajah-rajah ini kita dapat sama-sama melihat bahawa otak-saraf merupakan “kemudahan”
(anugerah Tuhan) yang terlibat dalam proses pembangunan “Anak Cemerlang, Anak Mulia”, dan potensinya amat besar. Inilah sifat mutlak yang memudahkan pendidikan anak pada tahap yang tinggi sehingga pada usia 7 tahun, anak-anak mampu mencapai pembangunan pada tahap lebih dari 95%. Hal ini amat selaras dengan panduan Al-Quran tentang sempurnanya bentuk
manusia yang telah dijadikan Tuhan:

Dalil2 Al-Quran

Dan segala yang diciptakanNya dibuatNya dengan sebaik-baiknya, dan dimula menciptakan manusia dari tanah. 
(As-Sajadah 32:7)

Sesungguhnya Kami telah mencipta manusia dalam rupa yang amat baik. 
(S At-Tiin 95:4)

Sesungguhnya telah kami muliakan anak-anak Adam, Kami angkut mereka di daratan dan di lautan, Kami beri mereka rezeki yang baik-baik, dan Kami lebihkan mereka dari kebanyakan
makhluk yang Kami ciptakan, dengan kelebihan yang sempurna. (Surah Al-Israa’ 17:70)

Hai manusia! Apakah yang memperdayakan engkau terhadap Tuhan engkau Yang Pemurah? Yang menciptakan engkau, menyempurnakan kejadiaan engkau dan membuat engkau
dengan ukuran yang seimbang. .. Menurut bentuk yang dikehendakiNya, engkau disusunNya
(Al-Infithar 82:6-8)


MAMPU SEMPURNA PADA USIA 7 TAHUN
Oleh itu, saya begitu yakin bahawa anak-anak kita, pada usia 7 tahun, seharusnya sudah mampu memperolehi sifat-sifat tingga (secara mutlak) sehingga mereka mudah:

FAHAM: Bahawa kita beragama Islam, dan faham perlunya “sujud”
 [S.Adz-Zaariyat 51:56]

YAKIN: Kerana kita telah “faham”, keyakinan menjadi asas keimanan.

RELA: Kerana faham dan yakin, kita “rela” serta betul-betul sedia dan terima.

AZAM: Kerana faham, yakin dan rela, kita lebih mudah ceria, berminat dan “berazam”.

SYUKUR & JAGA: Kerana azam kita mudah mengecap keindahan solat sehingga kita rasa syukur dan berusaha menjaga ibadah dan kehidupan berasaskan “maaruf nahi anil mungkar”.

Dalam rangka proses pendidikan ini, “Akil Baligh” amat utama. Anak yang sempurna penyediaannya untuk akil baligh akan lebih selamat bila ia menjejak usia remaja. Bagi semua ini, SOLAT merupakan faktor utama, dan faktor ini perlu dihasilkan pada usia 7 tahun. 

Insya-Allah, bila anak sudah biasa dengan solat pada usia 7 tahun, ia akan mudah melazimkan dirinya dengan solat pada usia 10 tahun (tanpa didenda), dan, jika ini terpacak sebagai amalan hariannya, insya-Allah, Fardhu ‘Ain anak akan sempurna, dan usia remajanya penuh dengan barakah, insya-Allah.


TUJUH TAHUN & DUNIA SEKOLAH

Usia 7 tahun juga merupakan detik penting dari sudut kemasyarakatan kerana pada usia itu, anak kita sudah mula menjejak dunia persekolahan. Dalam suasana sekolah, ia seharusnya sudah mampu berturtur dengan baik, membaca, sudah hafal berbagai surah-zikir-doa, menulis, melukis, pandai menjaga diri, mempunyai berbagai ilmu berguna yang luas, bersifat baik, senang menjayakan dirinya dalam persekolahan, serta menyenangkan kehidupan ibubapanya.

Dengan pencapaian yang begitu tinggi dan luas (pada usia 5, 6 atau 7 tahun) anak-anak ini pasti akan mudah memahami apa sahaja yang bakal diajar di sekolah. Insya-Allah, mereka akan pasti mampu menjayakan diri mereka pada tahap-tahap sekolah bermula usia 7 tahun. Semua ini pula dilandaskan dengan akhlak, iman dan budi-pekerti yang baik semata-mata kerana telah dibiasakan melakukan solatnya dari usia 7 tahun. Wallahu`alam bissawab.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SeGaLaNya UnTuKMu..AbaH dan Ummi

SeGaLaNya UnTuKMu..AbaH dan Ummi