Jom sama2 kita amalkan..sama2 hidupkan sunnah Rasulullah S.A.W...insyaAllah..
MANDI pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.
Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insyaallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).
RASULULLAH SAW amat menyukai minuman madu yang dicampur dengan air sejuk. la bukan semata-mata lazat tetapi juga sebagai salah satu amalan kesihatan. Rasulullah juga suka minum air sejuk dan mencicip madu sebelum makan apa-apa pada waktu pagi selain minum air yang telah disimpan semalaman dalam sebuah bekas.
• Menghilangkan balqham (kahak/lendir).
• Mencuci perut.
• Membuang sisa makanan yang tertinggal dalam perut yang tidak dicernakan dengan sempurna dan menolaknya ke usus besar.
• Menghapuskan sukatan dalam usus, menghilangkan senak perut dan sedu.
• Memperbaiki fungsi buah pinggang, limpa dan hati.
Aisyah r.a meriwayatkan bahawa:
"Di antara banyak jenis minuman, Rasulullah SAW suka minuman manis dan sejuk." Hadis bermaksud, baginda menggemari minuman manis dan sejuk, campuran madu atau nabiz (rendam buah tamar).
Di dalam satu doa, Rasulullah ada menyebut:
"Ya Allah, kurniakanlah aku dengan cintaMu yang lebih besar dari cintaku kepada nyawa, harta, anak dan cintaku kepada air sejuk."
Ini memberi isyarat bahawa sudah tentu minuman air sejuk itu mempunyai khasiat yang lebih besar.
Adapun minuman jika terkumpul di dalamnya kemanisan dan kesejukan akan menjadi sebab yang paling bermanfaat untuk penjagaan kesihatan tubuh badan sekaligus berperanan sebagai bahan pemakanan dan mencernakan makanan yang masuk ke dalam tubuh lalu menyalurkannya ke seluruh anggota badan.
Adab Minum
- Gelas atau cawan hendaklah dipegang dengan tangan kanan.
- Bacalah 'Bismillah'.
- Minum dengan tiga nafas.
- Minum dalam keadaan duduk.
- Jangan bernafas ke dalam air. Setiap kali berhenti minum arahkan pernafasan ke tempat lain.
- Setiap kali berhenti minum (pada setiap pemafasan), bacalah 'Alhamdulillah'.
- Jika tidak ada tempat untuk duduk adalah diharuskan minum sambil berdiri.
- Minum dari baki air yang telah diminum oleh orang lain, hadis menyatakan bahawa saki baki air minuman seseorang Islam adalah ubat untuk penyakit.
- Jangan terus minum selepas dari melakukan persetubuhan ataupun setelah selesai mengerjakan kerja-kerja berat.
Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardu dan solat Subuh secara berjemaah.
Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.
"Solat dua rakaat (sebelum) Solat Subuh itu lebih baik daripada dunia dan segala isi buminya".
Dan diriwayatkan oleh Saiyidah Aishah juga bahawa Rasulullah SAW bersabda lagi berkenaan solat dua rakaat ini:
"Dua rakaat ini lebih aku sukai daripada segala isi dunia."
Dan diriwayatkan lagi oleh Saiyidah Aishah r.a. bahawa Rasulullah SAW apabila di dalam perkara Solat Sunat, Baginda mengambil berat untuk mengerjakan Solat Sunat Subuh lebih daripada yang lain-lain.
Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrain. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang berkenaan.
2. AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN
Rasulullah sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.
“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.”
(Hadis riwayat Muslim)
`Dari Aisyah r.a, katanya: Rasul s.a.w bersabda:
“ Sepuluh perkara dari (peraturan-peraturan kebersihan) yang dituntut oleh agama, iaitu:menggunting misai,,membiarkan janggut(tumbuh panjang serta mengemaskannya), bersugi (membersihkan gigi), menyedut air-membersihkan hidung, memotong kuku, membasuh buku-buku jari, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari, dan beristinjak”.
Kata Mas`ab (salah seorang rawi hadis ini):
“dan aku lupa akan perkara yang kesepuluh, aku fikir perkara itu) tidak lain dari berkumur-kumur..”
KEBERSIHAN ADALAH SEPARUH DARIPADA IMAN..
3.TIDAK PERNAH MAKAN BERLEBIHAN
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).”
(Muttafaq Alaih)
Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan. Maka peruntukkan tempat untuk makanan mengikut had yg ditetapkan.
Kenapa kita kena berhenti makan sebelum kenyang? Sebabnye..yg mcm Nabi ckp kt atas tu la..manusia ni ade 3 saluran dalam perut iaitu..
1. Saluran makanan
2. Saluran air
3. Salauran angin
Ape kena mengena plak saluran2 tu dgn berhenti makan sebelum kenyang. Pesan orang2 tua kalau dah 3 kali sendawa tu berhenti la makan.. Kalau nak tahu, zaman Rasulullah lagi dah amalkan semua ni tau, sebab ape?
Sendawa yang pertama tu bermakna saluran makanan kita dah ditutup
Sendawa yang ke2 Allah tutup pulak saluran air
Sendawa ke3 yang Allah tutupkan saluran angin..
Jadi,sebab itu kalau makan banyak sangat akan termengah2 penat...yang jadi cmtu sebab saluran angin tu telah ditutup kerana kita telah makan berlebihan melebihi 3 kali sendawa..info ini drp meydisukasuka
Sendawa yang ke2 Allah tutup pulak saluran air
Sendawa ke3 yang Allah tutupkan saluran angin..
Jadi,sebab itu kalau makan banyak sangat akan termengah2 penat...yang jadi cmtu sebab saluran angin tu telah ditutup kerana kita telah makan berlebihan melebihi 3 kali sendawa..info ini drp meydisukasuka
Rasulullah s.a.w juga megingatkan umatnya supaya TIDAK MAKAN SEBELUM LAPAR dan JANGAN MAKAN TERLALU KENYANG.
Untuk menyeimbangkan kesihatan badan, Rasulullah s.a.w menggalakkan kita berpuasa sunat setiap minggu.Kelebihan berpuasa itu terlalu banyak untuk kesihatan badan terutamanya sistem badan manusia dapat berehat untuk sementara waktu.
Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadan bagi menyeimbangkan kesihatan.
Selingan..kisah kucing yang gemok..
Kesimpulannye..janganlah tiru aksi dan perangai kucing ni..tak kenyang2..x baca bismillah la tu sblom makan..huhu..lama2 jadi cmni la..
Amalan bersenam merupakan cara terbaik untuk kekalkan kesihatan. Cara paling mudah dan menjimatkan perbelanjaan adalah berjalan kaki.
Rasulullah s.a.w berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar.
Ini penting untuk mencegah penyakit jantung. Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. Kalau mahu meletakkan kenderaan, mesti letak betul-betul di hadapan tempat yang hendak kita pergi.
please don't be like ANGRY BIRD..huhu |
"Jangan marah-marah..nanti cepat tua.." kata org tua2..hehe..
Sifat "marah" merupakan salah satu sifat keji dalam Islam. Marah tanpa sebab langsung tidak akan mendatangkan kebaikan malah lebih mendatangkan keburukan kepada diri sendiri dan org lain. Apabila emosi marah menguasai diri, maka Syaitan akan mudah meresap masuk ke dalam jiwa manusia.
Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad (saw) bersabda:
“Orang yang kuat adalah yang mengawal dirinya ketika marah, bukannya orang yang kuat bergelut.
Juga Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa,
Seorang lelaki bertemu Nabi SAW dan berkata: "Nasihati saya."
Nabi SAW bersabda: “Jangan engkau marah.”
Lelaki itu mengulangi permintaannya beberapa kali, tetapi Nabi SAW berkata:
“Jangan engkau marah ”.
Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad (saw) bersabda:
“Orang yang kuat adalah yang mengawal dirinya ketika marah, bukannya orang yang kuat bergelut.
Juga Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa,
Seorang lelaki bertemu Nabi SAW dan berkata: "Nasihati saya."
Nabi SAW bersabda: “Jangan engkau marah.”
Lelaki itu mengulangi permintaannya beberapa kali, tetapi Nabi SAW berkata:
“Jangan engkau marah ”.
(Lihat Shahih Al-Bukhari: “Etika”. 6114-16).
Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa.
Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring.
Kemudian membaca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wuduk dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilang kan gundah di hati.
Membaca doa ta'awwudz adalah disunnahkan dalam setiap raka'at, sebagaimana firman Allah ta'ala:
"Apabila kamu membaca al Qur-an hendaklah kamu meminta perlindungan kepada Allah dari syaitan yang terkutuk."
(An Nahl : 98).
Dan pendapat ini adalah yang paling shahih dalam madzhab Syafi'i dan diperkuat oleh Ibnu Hazm .
(Lihat al Majmuu' III/323 dan Tamaam al Minnah 172- 177).
Nabi biasa membaca ta'awwudz yang berbunyi:
"A'UUDZUBILLAHI MINASY SYAITHAANIR RAJIIM MIN HAMAZIHI WA NAFKHIHI WANAFTSIHI"
Ertinya:
"Aku berlindung kepada Allah dari setan yang terkutuk, dari semburannya (yang menyebabkan gila), dari kesombongannya, dan dari hembusannya (yang menyebabkan kerusakan akhlaq)."
(Hadits diriwayatkan oleh Al Imam Abu Dawud, Ibnu Majah, Daraquthni, Hakim dan dishahkan olehnya serta oleh Ibnu Hibban dan Dzahabi).
Atau mengucapkan:
اَعُوْذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ
"A'UUZUBILLAHIS SAMII'IL ALIIM MINASY SYAITHAANIR RAJIIM..."
Ertinya:
"Aku berlindung kepada Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui dari setan yang terkutuk..."
Sentiasa bersikap positif dalam segala perkara dapat melapangkan jiwa dan memberi ketenangan dalam diri. Ini kerana bila kita berfikiran positif, segala yang tak mustahil akan menjadi mustahil. Dan apa yang difikirkan kemungkinan besar akan berlaku kerana fikiran dan apa sahaja yg timbul dalam hati, umpama doa dan Allah jua Yang Maha Mengetahui.
Firman Allah swt maksudnya :
"Wahai anak-anakku! Pergilah dan intiplah khabar berita mengenai Yusof dan saudaranya, Dan janganlah kamu putus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari Rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir”.
( Surah Yusuf : ayat 87.)
Sikap optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakal kepada Allah s.w.t.
7. TIDAK PERNAH IRI HATI
Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. Doanya :
“Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah"
Sifat iri hati atau hasad dengki jua adalah daripada sifat-sifat mazmumah yakni sifat2 Syaitan. Sebagai seorang yang bersyukur dengan segala nikmat Allah yang diperoleh, kita seharusnya mengelakkan diri kita dari dipengaruhi dengan sifat ini. Sifat ini juga akan merosakkan diri sendiri dan akan mematikan hati kita. Dan segala amalan yang dilakukan dengan perasaan iri hati mungkin tidak diterima kerana berlandaskan perasaan mazmumah.
Rasulullah saw. Bersabda bermaksud:
“Tidak boleh iri hati melainkan dalam dua perkara iaitu: Seseorang yang telah dikurniakan Allah harta lalu dibelanjakan hartanya itu kejalan yang benar (yang diredhai oleh Allah) dan orang yang dikurniakan oleh Allah ilmu pengetahuan, lalu ia mengeluarkan sesuatu hukum berpandukan ilmunya (al-Quran dan Hadith) serta diajarkannya pula kepada orang lain”.
Riwayat Hadith al-Bukhari
Apa yang kita dapat jika kita selalu merasa dengki dangan orang lain walhal segala yang didengkikan itu adalah sumber daripada Allah jua. Bersyukurlah dengan apa yg kita ada. Tidak perlu rasa sedih dan kecewa jika ada orang mempunyai rezeki yang lebih daripada kita. Kita seharusnya bersyukur dgn segala rezeki yang kita ada kerana setiap hamba Allah itu ada rezeki masing-masing. Allah s.w.t telah menetapkan segala yg terbaik utk diri setiap hamba2NYA.Waallahualam.
8. PEMAAF
Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa. Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan.
“Tetapi barang siapa bersabar dan memaafkan, sungguh yang demikian itu termasuk perbuatan yang mulia.”
Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sihat.
“BAHAGIA sebenarnya bukan MENDAPAT tetapi dengan MEMBERI. Sebenarnya, banyak lagi cara hidup sihat rasulullah.. semoga hati kita semakin dekat dengan Nabi yang amat kita rindukan pertemuan dengannya..”
TATA..
(。◕‿◕。)
sumber inspirasi...thanks a lot...:
http://www.cikgubadarudin.com
http://litarelektrik.com
http://diaryrahsiakecantikan.blogspot.com
http://muhdhazrie.wordpress.com
http://manmunna.blogspot.com
http://bubblelebam.blogspot.com
http://meydisukasuka.blogspot.com/
nice entry bole buat tiap2 hari..^^
ReplyDeletethanks nur fadhilah..jika ade ms free insyaAllah akn dipostkan lg ye..hehe..smoga terus setia membaca..thanks a lot dear =)
ReplyDelete