Daisypath Graduation tickers
Showing posts with label sihat. Show all posts
Showing posts with label sihat. Show all posts

Sunday, March 17, 2013

Persediaan Perkahwinan Untuk Si Gadis


Merisik sudah..

Bertunang pun sudah...


Kini, hanya tinggal menunggu masa sahaja hari bahagia itu bakal menjelma..

Gejolak rasa di jiwa bagai tidak sabar ingin dicurahkan kepada yang tersayang...


Ombak rindu yang melanda bagai tidak dapat dibendung lagi...

Persiapan perkahwinan sedang rancak dilakukan...

Segala keperluan dan kelengkapan telah pun diaturkan dengan begitu sempurna...

Makin hampir dengan hari perkahwinan, makin berdebar dan gelisah hati kedua belah pihak. ..

Pelbagai persiapan harus disiapkan dengan segera agar majlis yang diidamkan akan berjalan seperti yang dijadualkan.. 


Jam dirasakan berputar dengan begitu pantas dan hari bahagia hampir tiba tidak lama lagi.. 

Sebelum melalui fasa berumah tangga sudah tentu fasa pra perkahwinan perlu dilalui dahulu... 

Inilah waktunya untuk anda membuat segala kelengkapan berkaitan dengan majlis perkahwinan yang bakal berlangsung... 

Dalam kesibukan membuat segala persiapan akhir untuk majlis perkahwinan nanti, jangan lupa akan persiapan mental dan fizikal anda dan tunang...

Ambil masa untuk melakukan beberapa perkara ‘orang bujang’ sebelum kalian berdua melayari bahtera rumahtangga.. 


Fotografi Bersama



Sesi fotografi sebelum majlis perkahwinan sudah menjadi semakin popular masa kini..

Walau ada percanggahan pendapat tentang mengambil gambar pra perkahwinan kerana pasangan belum sah diijab kabulkan, namun, sesi fotografi ini boleh dilakukan berlunaskan adab kesopanaan masyarakat Melayu dan tidak melanggar hukum hakam agama.. 

Untuk pra perkahwinan anda dan pasangan, anda dan kekasih hati boleh mengaturkan satu sesi fotografi mengikut citarasa dan kreativiti sendiri dengan mengenakan busana indah perkahwinan..

Walaupun ianya satu sesi santai, anda disarankan untuk memilih jurugambar yang terlatih untuk setiap potret yang terakam menepati kualiti yang diingini..

Pasti anda mahu momen-momen indah bersama dapat memberikan kenangan yang tidak mungkin dilupakan.. 


Dengan mengadakan sesi fotografi pra perkahwinan ini juga sekurang-kurangnya masa yang ada tidak akan disia-siakan begitu sahaja.. 

Anda sudah tidak perlu lagi membuang masa untuk sesi fotografi ‘outdoor’ selepas berlangsungnya majlis.. 

Ia menjimatkan waktu tambah lagi jika anda sememangnya akan sibuk melayan para tetamu selepas majlis persandingan..



Majlis Meraikan Bakal Pengantin



Mungkin tidak begitu popular di kalangan masyarakat Melayu tetapi tidak salah dilakukan jika mampu dan tidak melanggar hukum syarak..

Dengan majlis meraikan pengantin ini, anda pasti akan dirai umpama VIP..

Selalunya majlis meraikan bakal pengantin hanya dihadiri oleh keluarga terdekat dan teman-teman bakal pengantin sahaja baik untuk pengantin perempuan atau lelaki.Namun, ia terpulang kepada pilihan bakal pengantin yang dirai juga.. 

Anda boleh melakukan majlis ini di mana-mana sahaja mengikut kehendak anda..

Untuk lebih menarik dan seronok, apa kata lakukannya di spa..

Selain anda dapat bergembira, anda dan tetamu undangan juga boleh mendapatkan rawatan-rawatan yang disediakan..



Lakukan Rawatan Wajah



Ini antara perkara yang penting..

Semua bakal pengantin pasti mahukan kulit wajah yang mulus dan berseri saat dirias jurusolek..

Terdapat pelbagai jenis rawatan wajah yang ditawarkan di spa-spa.. 

Urutan merupakan salah satu teknik yang berkesan untuk kulit wajah tampak tegang dan bermaya..

Teknik lulur juga memberi banyak manfaat dan dapat membersihkan segala kotoran yang ada..

Selain itu, rawatan ini juga dapat membuka pori-pori dan membuang sisa kulit mati.

Lakukan rawatan ini setiap dua bulan sehingga tiba tarikh bersejarah anda.. 

Jika tidak mampu ke spa, anda boleh melakukan sendiri rawatan ini rumah.. 

Belilah set perawatan wajah yang dilengkapi pembersih wajah, penyegar, pelembap, masker, skrub dan sebagainya.. 

Lakukan rawatan ini selama 30 minit dan mulakan dari bahagian leher hingga ke seluruh wajah..

Yang penting ialah disiplin anda untuk melakukannya.





Lakukan Rawatan Rambut


Serba serbi perlu sempurna untuk persembahan kepada bakal suami tersayang.. 


Seharusnya setiap inci tubuh perlu diberikan perhatian sewajarnya.. 

Peruntukkan masa satu ke tiga jam untuk anda membelai dan membuat perawatan rambut di salun pilihan.. 

Pastikan anda mencuci, memotong rambut (jika mahu), melakukan rawatan rambut dan kulit kepala.. 

Jika mahu warnakannya mengikut kesesuaian.. 

Bagi anda yang bertudung, tidak salah untuk memilih potongan yang sesuai.. 

Rawatan rambut ini sesuai dilakukan sebelum majlis berlangsung agar apabila tiba hari bahagia anda akan merasa gembira melihat potongan rambut yang anda kehendaki..




Mandian Susu Dan Herba



Terlanjur ke spa, anda boleh melakukan mandian susu dan herba.. 

Mandian susu bagus untuk membantu menjadikan kulit lebih berseri-seri, lembut dan licin agar terasa bak sutera saat si dia bersentuhan dengan anda kelak.. 

Mandian herba boleh dilakukan selama 20 minit dan khasiatnya untuk melancarkan peredaran darah dan memecahkan lemak.. 

Haruman mandian herba yang diperbuat daripada rempah ratus ini dapat membantu bakal pengantin yang mempunyai masalah bau badan...




Kuku Yang Cantik



Di spa juga anda boleh melakukan perawatan kuku jari tangan (manicure) dan jari kaki (pedicure)..

Rawatan ini akan membuang kutikel-kutikel kuku yang terlebih dan mengilatkan kuku..


Aktiviti yang dilakukan bersama teman-teman pasti meninggalkan kenangan manis apatah lagi itulah waktu terakhir anda bergembira bersama teman-teman sebagai ‘orang bujang’.. 

Walau lebih seronok melakukan rawatan di spa, anda juga boleh melakukan sendiri perawatan untuk mencantikkan kuku anda hanya di rumah sahaja.. 


Antara langkah-langkah yang perlu diambil adalah : 

* Mulakan dengan membersihkan terlebih dahulu kuku anda. Kemudian, pilih kikir yang mempunyai dua fungsi iaitu memendekkan dan membentuk kuku.
* Mulakan dengan mengikir kuku dari sisi menuju bahagian tengah kuku.
* Jika ingin lebih pendek lakukan berulang kali hingga mendapat hasil yang dikehendaki
* Rendamkan jari di dalam air yang hangat dan letakkan beberapa hirisan limau yang berfungsi untuk menghilangkan segala jenis kotoran yang melekat pada kuku.
* Gunakan losyen khusus untuk kuku dan oleskan pada setiap kuku, kemudian lap kuku anda dan bersihkan sisa losyen yang tertinggal







Jaga Payudara



Tidak semua wanita mengambil berat tentang payudara mereka walau banyak kisah-kisah menyayat hati tentang kanser payudara yang dipaparkan..

Sebagai bakal pengantin baru, tidak salah kiranya anda mengambil tahu tentang payudara agar ia tampak cantik, anjal dan jauh daripada risiko kanser.. 

Anda boleh menggunakan masker untuk menegangkan payudara anda agar tampak lebih hebat daripada biasa.. 

Mungkin perkara ini kurang dititikberatkan oleh bakal pengantin tetapi boleh dilakukan untuk menjamin keharmonian rumahtangga selepas berkahwin.. 

Petua tradisional yang mudah untuk menganjal dan menegangkan payudara ialah dengan kacang panjang yang dikisar halus.. 

Ambil secekak kacang panjang dan kisarkan hingga menjadi pes.. 

Lumurkan ke seluruh payu dara dan biarkan selama 30 minit atau sehingga pes mengering dan bersihkan dengan air suam.. 

Lakukan tiga kali seminggu. Anda pasti akan berpuas hati dengan hasilnya. Selamat mencuba! 




Senaman Pinggul



Senaman sememangnya satu aktiviti yang menyihatkan dan mencantikkan tubuh.. 

Mungkin ramai yang kurang menyedari bahawa senaman pinggul membantu untuk mencantikkan tubuh badan terutamanya di bahagian bawah tubuh.. 

Semasa pra perkahwinan inilah masa yang sesuai untuk anda mencuba senaman ini supaya saat anda mencuba busana perkahwinan nanti semuanya akan nampak lebih cantik.. 

Latihan untuk menguatkan otot-otot ini memberikan banyak manfaat kepada diri anda.. 

Lakukan latihan ini selama 15 minit dengan menarik nafas dan menggoyangkan kaki turun dan naik secara perlahan-lahan. Mudahkan!



* Jangan Lupa Pelembap Wajah

Kulit wajah yang kering akan menyebabkan wajah anda sukar dirias jurusolek.. 

Sapukan pelembap setiap kali mencuci dan menyegar wajah.. 

Jika anda bekerja di pejabat yang menggunkan pendingin hawa, eloklah disapu pelembap bukan sahaja di wajah tetapi di seluruh tubuh.. 

Gunakan pelembap yang bebas minyak dan pakailah di kawasan kulit muka yang kering sahaja.. 

Jika anda menggunakan bedak, pilihlah juga bedak yang bebas minyak dan sesuai untuk semua jenis kulit.




* Ambil Lebih Antioksidan

Pengambilan vitamin adalah sangat bagus untuk tubuh badan.. 

Zat antioksidan (vitamin A, C, dan E) berperanan aktif melindungi membran sel tubuh dan kerosakan sel dalam tubuh badan. 

Untuk memperoleh antioksidan, anda harus mengambil buah-buahan, sayur- sayuran berdaun hijau, teh dan kekacang.. 

Elakkan pengambilan kafein secara berlebihan kerana ia akan melemahkan tubuh.. 

Jika anda peminum kopi yang tegar, kurangkan pengambilan kopi kepada hanya dua cawan sehari..





* Tidur Lapan Jam Sehari


Akibat kesibukan kerja dan merancang majlis perkahwinan (lebih-lebih lagi kepada bakal pengantin yang mengurus dan merancang perkahwinan mereka sendiri), kebanyakan bakal pengantin tidak memperdulikan tentang waktu tidur mereka.. 

Jika anda sering tidak cukup tidur , ia akan menyebabkan tubuh badan tidak bermaya dan mudah letih.. 

Waktu tidur kurang daripada lapan jam sehari akan menyebabkan terjadinya kantung mata dan lingkaran gelap bawah mata. 

Jika anda tidak mahu kelihatan seperti ‘zombi’ saat berlangsungnya majlis perkahwinan anda, cuba dapatkan tidur yang cukup dan berkualiti terutamanya dalam jangka waktu dua bulan sebelum tarikh majlis.. 

Oleh itu, tidurlah lapan jam sehari untuk tampil segar di hari persandingan nanti.




* Hindari Stres


Stres adalah perkara terakhir yang ingin anda lalui.. 

Jika anda dilanda stres, ia akan memakan sebahagian besar tenaga anda.. 

Tambah memburukkan lagi jika anda mempunyai waktu tidur yang kurang. 

Tenangkan diri anda dalam segala hal...

Jangan selalu berprasangka buruk terhadap orang lain dan jangan membebankan diri dengan masalah orang lain.. 

Anda mungkin berisiko mengalami gangguan emosi dan hal ini akan mengganggu sistem kekebalan tubuh anda.. 

Oleh itu bagi anda yang bakal bergelar raja sehari cuba elakkan diri daripada menghadapi masalah. 

Teknik melegakan stres yang paling berkesan dan segera ialah melakukan meditasi.. 

Duduk senyap seorang diri, pejamkan mata dan bayangkan perkara-perkara yang menyenangkan dan menggembirakan anda.. 

Bagi orang Islam pula, cara terbaik ialah dengan mengambil wudhu’, melakukan solat dan berdoa kepada Yang Maha Esa.





Sumber inspirasi : (lupe lak drp mane sbb da simpan lame info ni..ape pom thanks for inspiration from whoever yg post..)





Monday, March 4, 2013

ADAM DAN HAWA


As salam..CM nk ceghite pasal satu produk makanan atau suplemen tambahan utk kesihatan..
CM bru cuba produk ni ari ni..
saje nak mencuba sbb CM dh buat research dlm tenet ttg produk ni..hihihi..
byk la jgk khasiatnye tapi xtau la serasi ke x dgn CM..
in sya Allah..kita cuba lah kalau tak kita tak tahu keberkesanan dan kesannya..
so, CM beranikan diri utk cuba produk ni..
nnt kte tgk ape perubahannye k..hehe..


Jeng


Jeng



Jeng






INFO ADAM DAN HAWA MIL :

Produk Diet untuk lelaki dan wanita, baik bagi mereka yang ingin menjaga kesihatan dan mengurangkan berat badan berlebihan (obesiti), diformulakan khusus untuk mereka yang berat melebihi 70kg dan berkeinginan berdiet.


ADAM & HAWA MIL secara tidak langsung dapat merawat dan memulihkan segala penyakit berkaitan obesiti. Ia menurunkan berat badan dalam keadaan sihat dengan sekurang-kurangnya 3 – 5 kilogram sebulan dan bakal memiliki kulit yang tegang, menganjal dan cantik tanpa mengelebir. 

Segala sakit sendi dan tulang yang biasa dialami mereka yang obes akan hilang dengan sendirinya, seiring penurunan berat badan anda dengan pengambilan ADAM & HAWA MIL. 


KANDUNGAN ISTIMEWA:

Susu Rendah Lemak
Serbuk Kacang Soya
Kolagen Marin
Sebuk Fabuless (Lemak Minyak Sawit - Salutan Minyak Oat)
Whey Manis
Fruktosa
Spirulina
Beras Perang
Psyilium Husk
Ekstrak Biji Anggur
Ekstrak Teh Hijau
Ekstrak Mengkudu



KANDUNGAN ISTIMEWA ADAM DAN HAWA MIL :


Serbuk Kacang Soya

Ia adalah sumber baik bagi fiber, karbohidrat dan protin daripada tumbuhan. Terdapat beberapa mikronutrien penting di dalam kacang soya seperti saponin dan isoflavin yang menyumbang kepada kesihatan tulang dan merendahkan risiko penyakit kardiovaskular.


Psyllium Husk

Serat larut daripada Psyllium Husk akan menbentuk gel apabila dicampurkan dengan cecair. Kajian telah menunjukkan bahawa sekam psyllium adalah berkesan dalam merendahkan tahap kolestrol dan LDL (Low Density Lipo-protein) iaitu kolestrol  tidak baik untuk tubuh badan. Kajian juga menunjukkan bahawa penurunan sebanyak 1 % daripada jumlah kolestrol LDL secara total boleh merendahkan risiko sakit jantung sehingga 2%. Memandangkan sekam psyllium sejenis serat, ia dapat mengurangkan sembelit. Tambahan pula, kajian semasa menunjukkan bahawa psyllium juga bertindak sebagai prebiotik dimana ianya memberi kesan tambahan dalam merawat lapisan usus sekiranya berlaku keradangan.


Fabuless (Salutan Lemak Kelapa Sawit – Minyak)

Fabuless adalah sejenis imulsi minyak-air khusus yang dihasilkan daripada lemak kelapa sawit melalui teknologi tertentu yang telah dipatenkan. Fabuless adalah bahan makanan yang telah diuji secara klinikal bagi mengawal selera makan dan rasa kenyang.


Beras Perang

Beras Perang adalah bahan makanan yang mudah dihadamkan, rendak lemak, bebas kolestrol, bebas gluten dan bebas garam. Kaya dengan serat diet dan mengandungi banyak vitamin B dan E. Bijirin sempurna bagi diabetis yang mengandungi kandungan serat dan karbohidret kompleks optimum. Mengandungi vitamain B Kompleks terutamanya thiamine, riboflavin dan niasin (membaiki sistem hormon, liuka terbuka dan tekanan darah, di samping sebagai agen anti penuaan dan membekalkan tenaga untuk tubuh badan).


Kolagen

Kolagen adalah rangka protein semulajadi yang mewakili sekitar 80% daripada jumlah keseluruhan protein kepada mamalia dan ikan. Ia terdapat di seluruh tubuh badan seperti kulit, otot, tendon dan tulang. Kolagen merupakan blok asas dalam tubuh badan. Ia diperlukan untuk membentuk kulit, otot, tulang dan tulang rawan. Daripada usia 25 tahun, dijangka tubuh badan anda kehilangan 1.5% kolagen setiap tahun. Oleh yang  demikian, system ini telah direka untuk menghasilkan kolagen dan membantu menggantikan kolagen yang hilang.


Morinda Citrifolia

Para saintis mengesahkan bahawa tradisi penggunaan mengkudu atau morinda citrifolia telah digunakan dalam bidang perubatan selama berabad-abad di seluruh dunia dalam setiap budaya. Jus mengkudu telah diambil secara tradisional untuk merawat pelbagai jenis penyakit seperti batuk, sakit tekak, radang tekak, tonsil, resdung, selsema, asma dan masalah pernafasan lain, juga sakit kepala, homoptysis, kejang otot, masalah tidur, kelemumur, masalah mata, kulit, luka, parut, alahan, jangkitan virus, gaut, malaria, sakit otot, sakit pinggang, gastrik, cirit-birit, senggugut, barah, patah tulang, kencing manis, masalah tekanan darah, masalah buah pinggang, masalah berat badan, penyakit hati, kebengkakan, keracunan makanan, masalah penghadaman, kegemukan, angin ahmar, membantu sistem kesuburan lelaki dan wanita, meredakan kesakitan (analgesic), meningkatkan tenaga tubuh badan, mengurangkan tekanan (stress) dan bertindak sebagai anti-oksida.


Ekstrak Teh Hijau

Selama berabad-abad teh hijau telah menjadi salah satu minuman yang sering digunakan. Hal ini diyakini bahawa teh hijau mmberikan pelbagai manfaat untuk kesihatan yang berkenaan dengan mempertahankan fungsi system kardiovaskular dan penghadaman.


Ekstrak Biji Anggur

Ahli falsafah Yunani memuji kekuatan penyembuhan menggunakan biji anggur bagi menyembuhkan penyakit kulit dan mata. Biji anggur juga dikenali secara meluas, mempunyai pelbagai keperluan terapeutik, mencegah kanser dan penyakit jantung, mengurangkan gejala alergi, kudis dan katarak. Bahkan dipercayai dapat membantu melambatkan proses penuaan. Ekstrak Biji Anggur juga berkesan dalam menembusi membran sel seluruh tubuh, bahkan dapat melindungi sel-sel otak daripada kerosakan akibat radikal bebas.

Biji anggur juga mengandungi vitamin E, C, flavonoid, asid linoleat, procyanidins, pycogenos dan proanthocyanidins oligomer (OPC). Berdasarkan hasil kajian eksrtak biji anggur dianggap sangat selamat. Tiada ubat yang dikenali atau interaksi gizi yang berkaitan dengan penggunaan ekstrak biji anggur yang tidak ada kesan sampingan atau reaksi beracun telah dilaporkan.


Astaxanthin

Astaxanthin adalah antioksidan, kaotenoid dengan sifatnya yang mirip dengan beta-karoten. Astaxanthin mempunyai 6 profil biolagi iaitu: pro-vitamin A, aktiviti anti-inflamasi, pengubah respon biologi, melancarkan perjalanan darah ke otak, melancarkan penyekatan darah pada retina dan juga sebagai bahan anti-oksidan.



KHASIAT ADAM DAN HAWA MIL :

Collagen membantuk mengekalkan keanjalan kulit dan awet muda

Morinsa citrifolia membantu merawat resdung, asma, gaout, penyakit hati dan anti oksidan

Ekstrak teh hijau baik untuk sistem kardiovaskular dan sistem penghadaman

Ekstrak biji anggur mengurangkan alergi, katarak, melindungi sel otak dan awet muda.


Mengawal selera makan dengan memanjangkan masa kenyang selepas pengambilan adam dan hawa mil


Mengatasi masalah sembelit dengan adanya bahan prebiotik bagi memelihara kesihatan usus 

Mengurangkan berat badan, selulit dan memperbaiki testur kulit


Mengelakkan masalah radang dan mengawal kelembapan kulit

Membantu merendahkan tahap kolestrol dan LDL ( LOW DENSITY LIPO PROTIEN) iaitu kolestrol tidak baik untuk tubuh
Meningkatkan kesihatan tulang dan merendahkan risiko penyakit kardiovaskular

Memelihara kesihatan kulit, rambut, kuku, mata dan sel badan lain

Meningkatkan sistem imun badan, meningkatkan tenaga tubuh badan dan mengelakkan penuaan dan kerosakan sel badan akibat aktiviti radikal bebas

Melancarkan pengaliran darah dan seterusnya meningkatkan kesihatan kardivaskular, mengurangkan stress , membantu sistem kesuburan lelaki dan wanita, menyeimbangkan tekanan darah, meningkatkan tenaga tubuh badan dan lain lain


     CARA PENGAMBILAN :

    Ambil satu sachet ADAM & HAWA MIL tuang ke dalam 180ml AIR SUAM (60c – 80)
    dan goncangkan dalam bekas bertutup sehingga larut dan sedia untuk diminum.

    Digalakkan mengambil 2 sachet sehari,1 jam sebelum sarapan pagi dan makan malam.

    Anda Perlu Mengambil ADAM & HAWA MIL Secara Konsisten Setiap Hari. Sekiranya Hari Ini Anda Mengambil Pada Pukul 7.00 pagi, Pastikan Esok Dan Hari-Hari Berikutnya Juga Pengambilan Adalah Pada Waktu Yang Sama.Ini Adalah Untuk Mendapatkan Kesan Maksimum.

    ADAM & HAWA MIL Adalah Minuman Kesihatan, Jika Tidak Tahan Akibat Sesuatu Penyakit, Cubalah Ambil Setengah Sachet setiap kali minum terlebih dahulu sebagai Permulaan.

    Boleh juga meminum dua jenis produknya. Seeloknya pagi meminum ADAM & HAWA MIL dan malamnya meminum Beauty Umaira atau Manly Umar bagi menambah kesihatan.
    ADAM & HAWA MIL elok blender dengan epal hijau kerana epal hijau boleh mengurangkan kolestrol.

    Pengambilan ADAM & HAWA MIL 3 bulan berturut-turut adalah perlu untuk kesan yang baik. Penggunaan selepas itu adalah terpulang pada individu.


    TINDAKBALAS :

    ADAM & HAWA MIL adalah minuman kesihatan tambahan. Dalam proses penyembuhan, setiap penguna akan dapat tindakbalas yang berbeza, mengikut keadaan / metabolisma badan anda.

    Sesetengah pengguna akan mengalami beberapa simptom, seperti tumbuh jerawat, pening kepala, demam, letih, mengantuk, badan rasa sakit atau kaki menjadi bengkak.  

    Jadi  kena bersabar sedikit jika terdapat tindakbalas pembuangan toksin tersebut.

    Selalunya kesan sampingan ini untuk membetulkan balik sistem badan anda. Ia akan berkurangan dalam masa 2-3 minggu selepas meminumnya. Janganlah anda bimbang, teruskan mengambil dan meminumnya.


    PERINGATAN :


    ADAM & HAWA MIL mesti dengan AIR SUAM.

    Dalam proses penyembuhan, akan  menyebabkan beberapa simptom. Anda disaran teruskan meminum produk ADAM & HAWA MIL ini.

    Sekiranya ada mempunyai penyakit gastrik bolehlah mengambil makanan beberapa minit sebelum atau selepas meminumnya.

     Pengguna yang dinasihatkan doktor memakan ubat, sila jarakkan 2 jam selepas memakan ubat.

    Ambil ADAM & HAWA MIL 3 bulan berturut-turut untuk kesan yang terbaik

    SUMBER INSPIRASI DARIPADA :

    www.qesahqasehqmaridh.com
    beautyumaira.com
    produkcinta.com
    beautyq2u.blogspot.com


    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    SeGaLaNya UnTuKMu..AbaH dan Ummi

    SeGaLaNya UnTuKMu..AbaH dan Ummi