Merisik sudah..
Bertunang pun sudah...
Kini, hanya tinggal menunggu masa sahaja hari bahagia itu bakal menjelma..
Gejolak rasa di jiwa bagai tidak sabar ingin dicurahkan kepada yang tersayang...
Ombak rindu yang melanda bagai tidak dapat dibendung lagi...
Persiapan perkahwinan sedang rancak dilakukan...
Segala keperluan dan kelengkapan telah pun diaturkan dengan begitu sempurna...
Makin hampir dengan hari perkahwinan, makin berdebar dan gelisah hati kedua belah pihak. ..
Pelbagai persiapan harus disiapkan dengan segera agar majlis yang diidamkan akan berjalan seperti yang dijadualkan..
Jam dirasakan berputar dengan begitu pantas dan hari bahagia hampir tiba tidak lama lagi..
Sebelum melalui fasa berumah tangga sudah tentu fasa pra perkahwinan perlu dilalui dahulu...
Inilah waktunya untuk anda membuat segala kelengkapan berkaitan dengan majlis perkahwinan yang bakal berlangsung...
Dalam kesibukan membuat segala persiapan akhir untuk majlis perkahwinan nanti, jangan lupa akan persiapan mental dan fizikal anda dan tunang...
Ambil masa untuk melakukan beberapa perkara ‘orang bujang’ sebelum kalian berdua melayari bahtera rumahtangga..
Fotografi Bersama
Sesi fotografi sebelum majlis perkahwinan sudah menjadi semakin popular masa kini..
Walau ada percanggahan pendapat tentang mengambil gambar pra perkahwinan kerana pasangan belum sah diijab kabulkan, namun, sesi fotografi ini boleh dilakukan berlunaskan adab kesopanaan masyarakat Melayu dan tidak melanggar hukum hakam agama..
Untuk pra perkahwinan anda dan pasangan, anda dan kekasih hati boleh mengaturkan satu sesi fotografi mengikut citarasa dan kreativiti sendiri dengan mengenakan busana indah perkahwinan..
Walaupun ianya satu sesi santai, anda disarankan untuk memilih jurugambar yang terlatih untuk setiap potret yang terakam menepati kualiti yang diingini..
Pasti anda mahu momen-momen indah bersama dapat memberikan kenangan yang tidak mungkin dilupakan..
Dengan mengadakan sesi fotografi pra perkahwinan ini juga sekurang-kurangnya masa yang ada tidak akan disia-siakan begitu sahaja..
Anda sudah tidak perlu lagi membuang masa untuk sesi fotografi ‘outdoor’ selepas berlangsungnya majlis..
Ia menjimatkan waktu tambah lagi jika anda sememangnya akan sibuk melayan para tetamu selepas majlis persandingan..
Majlis Meraikan Bakal Pengantin
Mungkin tidak begitu popular di kalangan masyarakat Melayu tetapi tidak salah dilakukan jika mampu dan tidak melanggar hukum syarak..
Dengan majlis meraikan pengantin ini, anda pasti akan dirai umpama VIP..
Selalunya majlis meraikan bakal pengantin hanya dihadiri oleh keluarga terdekat dan teman-teman bakal pengantin sahaja baik untuk pengantin perempuan atau lelaki.Namun, ia terpulang kepada pilihan bakal pengantin yang dirai juga..
Anda boleh melakukan majlis ini di mana-mana sahaja mengikut kehendak anda..
Untuk lebih menarik dan seronok, apa kata lakukannya di spa..
Selain anda dapat bergembira, anda dan tetamu undangan juga boleh mendapatkan rawatan-rawatan yang disediakan..
Lakukan Rawatan Wajah
Ini antara perkara yang penting..
Semua bakal pengantin pasti mahukan kulit wajah yang mulus dan berseri saat dirias jurusolek..
Terdapat pelbagai jenis rawatan wajah yang ditawarkan di spa-spa..
Urutan merupakan salah satu teknik yang berkesan untuk kulit wajah tampak tegang dan bermaya..
Teknik lulur juga memberi banyak manfaat dan dapat membersihkan segala kotoran yang ada..
Selain itu, rawatan ini juga dapat membuka pori-pori dan membuang sisa kulit mati.
Lakukan rawatan ini setiap dua bulan sehingga tiba tarikh bersejarah anda..
Jika tidak mampu ke spa, anda boleh melakukan sendiri rawatan ini rumah..
Belilah set perawatan wajah yang dilengkapi pembersih wajah, penyegar, pelembap, masker, skrub dan sebagainya..
Lakukan rawatan ini selama 30 minit dan mulakan dari bahagian leher hingga ke seluruh wajah..
Yang penting ialah disiplin anda untuk melakukannya.
Lakukan Rawatan Rambut
Serba serbi perlu sempurna untuk persembahan kepada bakal suami tersayang..
Seharusnya setiap inci tubuh perlu diberikan perhatian sewajarnya..
Peruntukkan masa satu ke tiga jam untuk anda membelai dan membuat perawatan rambut di salun pilihan..
Pastikan anda mencuci, memotong rambut (jika mahu), melakukan rawatan rambut dan kulit kepala..
Jika mahu warnakannya mengikut kesesuaian..
Bagi anda yang bertudung, tidak salah untuk memilih potongan yang sesuai..
Rawatan rambut ini sesuai dilakukan sebelum majlis berlangsung agar apabila tiba hari bahagia anda akan merasa gembira melihat potongan rambut yang anda kehendaki..
Mandian Susu Dan Herba
Terlanjur ke spa, anda boleh melakukan mandian susu dan herba..
Mandian susu bagus untuk membantu menjadikan kulit lebih berseri-seri, lembut dan licin agar terasa bak sutera saat si dia bersentuhan dengan anda kelak..
Mandian herba boleh dilakukan selama 20 minit dan khasiatnya untuk melancarkan peredaran darah dan memecahkan lemak..
Haruman mandian herba yang diperbuat daripada rempah ratus ini dapat membantu bakal pengantin yang mempunyai masalah bau badan...
Kuku Yang Cantik
Di spa juga anda boleh melakukan perawatan kuku jari tangan (manicure) dan jari kaki (pedicure)..
Rawatan ini akan membuang kutikel-kutikel kuku yang terlebih dan mengilatkan kuku..
Aktiviti yang dilakukan bersama teman-teman pasti meninggalkan kenangan manis apatah lagi itulah waktu terakhir anda bergembira bersama teman-teman sebagai ‘orang bujang’..
Walau lebih seronok melakukan rawatan di spa, anda juga boleh melakukan sendiri perawatan untuk mencantikkan kuku anda hanya di rumah sahaja..
Antara langkah-langkah yang perlu diambil adalah :
* Mulakan dengan membersihkan terlebih dahulu kuku anda. Kemudian, pilih kikir yang mempunyai dua fungsi iaitu memendekkan dan membentuk kuku.
* Mulakan dengan mengikir kuku dari sisi menuju bahagian tengah kuku.
* Jika ingin lebih pendek lakukan berulang kali hingga mendapat hasil yang dikehendaki
* Rendamkan jari di dalam air yang hangat dan letakkan beberapa hirisan limau yang berfungsi untuk menghilangkan segala jenis kotoran yang melekat pada kuku.
* Gunakan losyen khusus untuk kuku dan oleskan pada setiap kuku, kemudian lap kuku anda dan bersihkan sisa losyen yang tertinggal
Jaga Payudara
Tidak semua wanita mengambil berat tentang payudara mereka walau banyak kisah-kisah menyayat hati tentang kanser payudara yang dipaparkan..
Sebagai bakal pengantin baru, tidak salah kiranya anda mengambil tahu tentang payudara agar ia tampak cantik, anjal dan jauh daripada risiko kanser..
Anda boleh menggunakan masker untuk menegangkan payudara anda agar tampak lebih hebat daripada biasa..
Mungkin perkara ini kurang dititikberatkan oleh bakal pengantin tetapi boleh dilakukan untuk menjamin keharmonian rumahtangga selepas berkahwin..
Petua tradisional yang mudah untuk menganjal dan menegangkan payudara ialah dengan kacang panjang yang dikisar halus..
Ambil secekak kacang panjang dan kisarkan hingga menjadi pes..
Lumurkan ke seluruh payu dara dan biarkan selama 30 minit atau sehingga pes mengering dan bersihkan dengan air suam..
Lakukan tiga kali seminggu. Anda pasti akan berpuas hati dengan hasilnya. Selamat mencuba!
Senaman Pinggul
Senaman sememangnya satu aktiviti yang menyihatkan dan mencantikkan tubuh..
Mungkin ramai yang kurang menyedari bahawa senaman pinggul membantu untuk mencantikkan tubuh badan terutamanya di bahagian bawah tubuh..
Semasa pra perkahwinan inilah masa yang sesuai untuk anda mencuba senaman ini supaya saat anda mencuba busana perkahwinan nanti semuanya akan nampak lebih cantik..
Latihan untuk menguatkan otot-otot ini memberikan banyak manfaat kepada diri anda..
Lakukan latihan ini selama 15 minit dengan menarik nafas dan menggoyangkan kaki turun dan naik secara perlahan-lahan. Mudahkan!
* Jangan Lupa Pelembap Wajah
Kulit wajah yang kering akan menyebabkan wajah anda sukar dirias jurusolek..
Sapukan pelembap setiap kali mencuci dan menyegar wajah..
Jika anda bekerja di pejabat yang menggunkan pendingin hawa, eloklah disapu pelembap bukan sahaja di wajah tetapi di seluruh tubuh..
Gunakan pelembap yang bebas minyak dan pakailah di kawasan kulit muka yang kering sahaja..
Jika anda menggunakan bedak, pilihlah juga bedak yang bebas minyak dan sesuai untuk semua jenis kulit.
* Ambil Lebih Antioksidan
Pengambilan vitamin adalah sangat bagus untuk tubuh badan..
Zat antioksidan (vitamin A, C, dan E) berperanan aktif melindungi membran sel tubuh dan kerosakan sel dalam tubuh badan.
Untuk memperoleh antioksidan, anda harus mengambil buah-buahan, sayur- sayuran berdaun hijau, teh dan kekacang..
Elakkan pengambilan kafein secara berlebihan kerana ia akan melemahkan tubuh..
Jika anda peminum kopi yang tegar, kurangkan pengambilan kopi kepada hanya dua cawan sehari..
* Tidur Lapan Jam Sehari
Akibat kesibukan kerja dan merancang majlis perkahwinan (lebih-lebih lagi kepada bakal pengantin yang mengurus dan merancang perkahwinan mereka sendiri), kebanyakan bakal pengantin tidak memperdulikan tentang waktu tidur mereka..
Jika anda sering tidak cukup tidur , ia akan menyebabkan tubuh badan tidak bermaya dan mudah letih..
Waktu tidur kurang daripada lapan jam sehari akan menyebabkan terjadinya kantung mata dan lingkaran gelap bawah mata.
Jika anda tidak mahu kelihatan seperti ‘zombi’ saat berlangsungnya majlis perkahwinan anda, cuba dapatkan tidur yang cukup dan berkualiti terutamanya dalam jangka waktu dua bulan sebelum tarikh majlis..
Oleh itu, tidurlah lapan jam sehari untuk tampil segar di hari persandingan nanti.
* Hindari Stres
Stres adalah perkara terakhir yang ingin anda lalui..
Jika anda dilanda stres, ia akan memakan sebahagian besar tenaga anda..
Tambah memburukkan lagi jika anda mempunyai waktu tidur yang kurang.
Tenangkan diri anda dalam segala hal...
Jangan selalu berprasangka buruk terhadap orang lain dan jangan membebankan diri dengan masalah orang lain..
Anda mungkin berisiko mengalami gangguan emosi dan hal ini akan mengganggu sistem kekebalan tubuh anda..
Oleh itu bagi anda yang bakal bergelar raja sehari cuba elakkan diri daripada menghadapi masalah.
Teknik melegakan stres yang paling berkesan dan segera ialah melakukan meditasi..
Duduk senyap seorang diri, pejamkan mata dan bayangkan perkara-perkara yang menyenangkan dan menggembirakan anda..
Bagi orang Islam pula, cara terbaik ialah dengan mengambil wudhu’, melakukan solat dan berdoa kepada Yang Maha Esa.
Sumber inspirasi : (lupe lak drp mane sbb da simpan lame info ni..ape pom thanks for inspiration from whoever yg post..)
No comments:
Post a Comment