Daisypath Graduation tickers

Saturday, October 27, 2012

KiNi DiiKaT 2 Zulhijjah 1433H






~ As salam..alhamdulillah..kabare smua readers? ade ke?? hehe..xkisah la ade ke tak, yg penting CM bahagia..hihi..CM sihat walafiat cume penat sket la sbb bertungkus lumus nk layan tetamu istimewa drp Pahang..hihi..keluarga cik abg dtg beraya kt umah CM sempena Hari Raya Aidiladha..sambil2 tu diorang nk dtg MERISIK..(oh mai..)
Alhamdulillah, smuanye brjalan dgn lancar sperti yg dirancang..tak kisah lah penat pom yg penting ape yg hendak dicapai akhirnye tercapai jua..smuanye brlaku dgn izin ALLAH jugak..THANK YOU ALLAH !!..~










~ Hehe..terima kasih tak terhingga kepada ayahanda, bonda, kekanda CM kerana sudi membantu dlm memastikan majlis ni berjalan lancar..terima kasih jugak kepada smua ahli keluarga cik abg yang sudi hadir dtg dr jauh..smoga sgala pengorbanan dan apa yg dilakukan ini diberkati Allah..insyaAllah..~


Abg..terima kasih ats segalanya..
Alhamdulillah..keluarga kita sudah merestui..
smoga hubungan ini diberkatiNYA..
smoga kita disatukan dgn ikatan suci perkahwinan suatu hari nanti..
Doa dan tawakal hanya pada Yang Maha Menentukan..
InsyaAllah akan dipermudahkan segala urusan..amin..




~ Harapan CM, semoga kami dapat disatukan dengan ikatan suci perkahwinan suatu hari nanti..insyaAllah..jika ada jodoh antara kami, tetap ada jugak walaupun terpisah dgn jarak jauh..jika sebaliknya, hanya redha dan pasrah dgn sgala ketentuan ALLAH sebab kita hnya merancang, namun ALLAH jugak yg tetapkan..tapi sebagai hamba ALLAH CM akan sentiasa berdoa smoga hubungan ini direstui dan diberkati ALLAH..amin..~





Tuesday, October 23, 2012

PeNaWaR SeGaLa PeNyaKiT


As salam..ari ni CM nk ceghite pasal Penawar untuk sgala pnyakit..macam2 penyakit..pnyakit yang kita tak tahu pom ianya leh ubat..
ari tu ada tertengok rancangan kt tv9..RESEPI SUNNAH..
kebetulan pd ari trsebut rncangan tu adalah last episod...
xsangka lak first time tengok cite ni adalah episod terakhir..huhu..
kalau tau, dah lame dah tunggu depan tv nak blaja resepi guna bahan2 yang merupakan sunnah Nabi..huhu..
ape pom alhmdulillah..sebab Allah bagi ilham suh bukak tv9 tadi..hihi..smua yg berlaku adalah kehendak Allah..
sebelum ni CM dah tahu sket2 pasal HABBATUS SAUDA..serta khasiatnya..
ye..HABBATUS SAUDA (HS) namenye..
cuma tak amik perhatian sgt la..huhu..
hari ni tergerak hati nak tulis pasal HS..hehe..
ingat nak cuba survey HS ni kt farmasi atau kt mane2 yg ade..
CM nak cuba makan HS ni sbb ianya penawar segala pnyakit..
Nape? tak percaye ek??percaya ke tak percaya, itu lah kenyataannya..


Hadis Bukhari meriwayatkan dari Aisyah r.a. bahawa beliau pernah mendengar Nabi bersabda, 
“Sungguh dalam Habbatus Sauda’ itu terdapat penyembuh segala penyakit kecuali Al-Sam, "
 Saya bertanya apakah itu Al-Sam? 
Baginda menjawab, “Mati” 
(Sahih Bukhari 5687)
Daripada Abu Huraira r.a., 
Nabi Muhammad (SAW) bersabda: 
“Habbatus Sauda ini menyembuhkan segala jenis penyakit kecuali As-Saam.” 

Aisyah r.ha. pun bertanya:

“Apakah As-Saam itu?” 


Jawab Baginda (SAW) :

“Mati.”
(Riwayat Al-Muslim)


Kalau cari dalam tenet, byk blog cite pasal khasiat HS ni..
CM pom amik info drp diorg..
smoga info dan maklumat yang diorg sebarkan dan kongsikan dapat beri manfaat untuk diri diorang dan org lain..insyaAllah..
Jom kita hayati ape itu HS dan khasiat yang terkandung dalam RAJA SEGALA HERBA ni..
Bagi yang tak tahu lebih mendalam pasal HS ni..korang nak tahu tak apa itu HABBATUS SAUDA dan kebaikannya??


  • sejenis tumbuhan dalam bentuk rumput kecil, 


  • mempunyai batang yang tingginya lebih kurang setengah hasta, 


  • mengeluarkan bunga yang berwarna biru yang terdapat di dalamnya biji Habbatussauda. 




  • terdapat di negara Arab dan dikenali dengan pelbagai nama seperti Habbatussauda (Mesir , Syam), 
  • dalam Bahasa Inggeris dipanggil Nigella Sativa atau Black Cumin. 

  • Mengandungi lebih drp 67 kandungan bahan aktif di dalamnya. 
  • Bahan-bahan ini dapat membantu menyembuhkan beberapa penyakit yang sering dihadapi oleh manusia.
  •  satu supplement/ubat yg membetulkan perjalanan sistem tubuh seseorang individu itu. 
  • Ianya akan membersihkan darah dan menjadikan individu itu lebih bertenaga dan sihat .
  • mengubati batuk yang kronik, batuk kokol selsema yang sudah lama., resdung lelah atau sesak nafas, terutama pada Bronchial asthma dan Cardiac Ashtma, sakit jantung, darah gemuruh, darah tinggi, luka-luka dihati (cirrhosis of liver), Batu karang, sakit buah pinggang, gout, kencing manis, luka-luka didalam mulut, sakit tengkuk, tonsillitis, gusi berdarah, mulut berbau, pedih ulu hati, gastric, luka-luka dalam perut (ulser), kurang penghadaman dan lain-lain.
  • Mujarab untuk mengecutkan semua jenis ketumbuhan pada payudara dan rahim
  • melegakan kesan buruk dari pada merokok, cacing, kanak-kanak kencing malam, cramp, kurang tidur, sakit kepala, migraine, senak perut, sembelit
  • dikenal juga sebagai Al Habbah Al Barokah.
  • dapat mengubati 50 macam penyakit tanpa efek
  • merangsang tenaga dan membantu pemulihan kepenatan dan semangat.(Ibnu Sina di dalam bukunya Canon of Medicine)
  • memulihkan penyakit-penyakit seperti batuk, bronchitits, masalah perut, kecacingan, masalah kulit seperti jerawat, sakit senggugut dan haid yang lain, menambah susu badan, menambah pengaliran air liur dan sebagainya.(Ibnu Qayyim di dalam bukunya Medicine of the Prophet)
  • mempertingkatkan daya tahan sakit (immune system).(Dr Ahmad Elkadi)


CIRI -CIRI HABBATUS SAUDA

1. Nilai pemakanan

Habbatus Sauda kaya dengan:

~ monosaccharide glukosa, xylosa dsb.

~ polysaccharide

fatty acid yang tidak tepu (unsaturated essential fatty acids, EFA). EFA tidak boleh dihasilkan oleh badan kita, oleh itu sumber utamanya ialah dari pemakanan

amino acid yang membentuk protein

~ karotene iaitu sumber vitamin A

~ kalsium, zat besi, dsb.



2. Sistem imunisasi
Kajian yang dilakukan di Arab Saudi mendapati, habbatus Sauda berupaya meningkatkan sistem imunisasi anda (daya melawan penyakit). Oleh itu ia mungkin penting dalam pengawalan kanser, AIDS dan penyakit-penyakit berkaitan yang lain.



3. Anti-histamine

Histamine ialah bahan yang dikeluarkan oleh sel-sel mast di dalam badan yang menyebabkan kesan-kesan allergik (alahan). Habbatus Sauda mengandungi bahan yang menghalang protein kinase C, sejenis bahan yang mencetus penghasilan histamine. Oleh kerana penghidap penyakit asma selalunya mengalami masalah alahan, habbatus Sauda mungkin baik diambil secara berterusan oleh pesakit-pesakit ini.




4. Anti-tumor

Kajian in vitro mendapati habbatus Sauda berupaya menghalang pembentukan sel-sel tumor. Oleh itu, ia baik untuk digunakan untuk membantu menghalang penyakit kanser.




5. Anti-bakteria

Penyelidikan ke atas bahan ini mendapati ia mempunyai aktiviti anti-bakteria . Habbatus Sauda didapati berupaya mengawal bakteria seperti E.coli, V.cholera dan spesies Shigella. Ini bermakna habbatus Sauda baik untuk mereka yang menghidapi beberapa jenis penyakit seperti cirit-birit dan masalah-masalah perut yang lain.



6. Anti-radang (anti-inflammation)

Habbatus Sauda didapati boleh mengurangkan radang (bengkak). Oleh itu ia baik untuk pesakit asma (mengurangkan radang dalam paru-paru), eczema (alahan yang menyebabkan gatal, kulit merah dsb.) dan arthritis (bengkak sendi).



7. Menggalakkan pengeluaran susu

Kombinasi lemak dan hormon yang didapati di dalam habbatus Sauda menyebabkan pengeluaran susu ibu yang menyusukan bayi bertambah.



Di Timur Tengah, minyak ini telah digunakan selama ribuan tahun sebagai ubat untuk segala macam penyakit alergi, radang, gangguan menstruasi, tekanan moral, dan depresi, tetapi terutama terhadap bronkhitis, asma, dan neurodermatitis serta pencernaan yang buruk, bahkan impotensi
.

~ Haa..mcm2 kan HS punye khasiat..sepatutnye kita sbg ummat Islam perlu mengamalkan sunnah Nabi ni..lagipom banyak manfaatnya..Nabi takkan suruh kita amalkan sunnahnya kalau sunnah tersebut tak ade faedah dan hikmahnya..smoga kita sedar akan kehebatan sunnah Nabi kita serta mengamalkannya dlm kehidupan seharian kita..insyaAllah..amin..~


sumber  :
http://aja49.wordpress.com
http://anizyn.blogspot.com/
http://cfunet.blogspot.com/


Saturday, October 20, 2012

MaKiN HaMPiR


Daisypath Wedding tickers



As Salam..

Tik Tok Tik Tok..
Dah 1 bulan 3 minggu 6 hari lagi sebelum E-day..wahhh
Cuak ke bebehhhh..
Masa sungguh pantas berlalu..
Hari yang dinantikan makin hampir nampaknye..huhu
walaupun hanya ikatan pertunangan..
CM tetap berdebar jugak..
sebabnye ia melibatkan keluarga kedua2 belah pihak..
persediaan baru 40% tau..huhu
cmne tak berdebor..
susah nk bergerak tak de kete ni..
kete masih di bengkel..
sebab tu xdpt nk buat sperti yang dirancang..huhu
nak beli barang2 pe smua..
doorgift, hantaran..mcm2 la..
kena la tunggu Cuti Sekolah..huhu
mcm nak kawen lak kan..
walaupom buat simple je tapi berdebor jugak..huhu
harap2 smuanye baik2 saje..smuanye brjalan dgn lancar..

hujung minggu depan cik abg nk dtg MERISIK
2 Zulhijjah 1433H
wahhh...cuak ke bebeh lagi..huhu
insyaAllah klu xde ape2, slamat lah CM dirisik..
nnt nak kongsi dlm blog trsyg ni..hihi
dh mcm diari hidup lak blog ni..
lantaklah org nk ckp pe..
this is MY BLOG..
hehe..

arghhh..berdebornyeee...
skrg ni pom dah start prepare utk majlis kawen..
ngah buat checklist lg..
mungkin 6 bulan je bertunang..
tengok la keadaan cmne..
klu sempat buat prsiapan leh la kawen cepat2..
insyaAllah kalau xde halangan..
ape yg perlu diingat..
KITA HANYA MERANCANG, NAMUN ALLAH JUA YANG MENENTUKAN..

ape yg CM perlu buat..
rancang dengan teliti..
buat persiapan awal2..
ape yg perlu ditempah, tempah la..
ape yg perlu dibincang, bincang la..
barang2 hantaran kawen mesti di settle kan hujung tahun ni..
lagipom hujung tahun ni biase banyak SALE kan..hehe
dah jimat dah kt situ..
cuba kurangkan budget yg ade..
xpyh la nk membazir kan..
smua org ade pendapat masing2..
brgantung la pd kemampuan diri masing2..
biar SIMPLE asalkan nampak MERIAH dan CANTIK..hehe..
wahhh..tak sabar lak nak buat prsiapan kawen..hihihi
tengok blog2 dlm tenet pasal checklist dan prsiapan kawen..
dah mkin teruja nak buat jugak..
thanks to all B2B blogger yg dulu dan sekarang krn sudi berkongsi pengalaman dan idea..
thanks sgt2 sbb diorang bg INSPIRASI utk CM buat persiapan...hehe
insyaAllah..
smoga ALLAH permudahkan urusan kami..amin...






Wednesday, October 17, 2012

KSSR


~ As salam...entry post kali ni nak cite pasal KSSR..hehe..ari ni baru je lepas p kursus KSSR Dunia Muzik bagi Tahun 3 kt SK Bota Kiri..ade lagi 3 hari berkhusus di sana..tahun lepas dh pegi utk KSSR English Year 1..tahun ni saje je nk pegi kursus Dunia Muzik lak..hehe..so, CM nk kongsi kt blog ni tentang apa yang tersirat dihati mengenai KSSR..hihihi ~



~ Setiap orang ada pandangan dan pendapat masing2 mengenai KSSR ni terutamanya di kalangan guru dan golongan lain..bagi pendapat CM sendiri, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) adalah sesuatu pendekatan yang amat bagus untuk mempersiapkan generasi kita ke arah Wawasan 2020 iaitu Malaysia menjadi Negara Maju..Maju dari segi semua aspek untuk melahirkan warganegara Malaysia yang Seimbang dan Harmonis..alhamdulillah..KSSR digubal adalah untuk menambaikkan UPSR dan PMR..pihak Kementerian bukan saje2 nk ubah sistem pendidikan tetapi ade target tertentu yang hendak dicapai seiring dengan Falsafah Pendidikan Negara..~






~ Adakalanya kita perlu mengubah sesuatu yang biasa kita lakukan demi mencapai segala matlamat yang ditetapkan selama ini..mungkin ada kelemahan dan kekurangan terhadap perkara yang biasa kita lakukan sehingga tidak menampakkan hasil yang sepatutnya..jadi, kita seharusnya mengubah perkara yang biasa kita lakukan atau menambahbaik perkara tersebut supaya segala kelemahan dan kekurangan dapat diatasi dengan melakukan sesuatu tindakan yang baru dan yang dirasakan dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin untuk mencapai matlamat yang ingin dicapai..(wah...CM ke ni..hihi) ~

Allah telah berfirman di dalam Al-Quran: 
“….Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri mengubah nasib mereka….” 
(Ar-Ra’du:11)

~ Bagi CM, biarlah apa orang nak cakap kerana mereka berhak bersuara dan ada pandangan masing2 kerana pemikiran setiap manusia berbeza..jadi, tak salah kalau ada yang tidak bersetuju dengan pandangan CM..seharusnya kita same2 fikirkan positif terhadap apa yang pihak Kementerian tetapkan setakat ini terutama untuk para guru dalam melaksanakan KSSR ni..CM faham apa yang setiap guru KSSR alami sebab CM pom hadapi jgk smua tu..namun, mentaliti kita mempengaruhi tindakan kita..kalau kita fikir positif, positif la jadinye..kalau kita fikir susah dan terbeban, maka bebanan la yang kita hadapi..~

~ Namun setiap perkara ada kelebihan dan kekurangannya..memang ada jugak yang CM tak bersetuju tentang KSSR dari segi bahan untuk KSSR yang disediakan..bagi sekolah yang besar, bahan yang ada utk menguji setiap murid berdasarkan KSSR semestinya lengkap dengan pelbagai jenis ABM..tetapi bagaimana pula dengan sekolah yang kurang murid atau pedalaman?? ada sekolah yang tak dapat menjalankan sistem KSSR ni dengan sebaik mungkin kerana kekurangan kelengkapan bahan untuk menguji tahap pengetahuan murid dalam KSSR..sebaiknya pihak Kementerian perlu menyediakan peruntukan untuk KSSR dari segi penyediaan bahan alat bantu mengajar dan bahan belajar utk setiap sekolah di Malaysia tetapi diutamakan kepada sekolah-sekolah kurang murid (SKM) dan sekolah pedalaman..itulah yang sepatutnya..sebab itu lah yang menjadi rungutan guru-guru di sekolah -sekolah yang kurang murid...sehingga mereka fikir KSSR menjadi beban untuk guru semasa proses penilaian guru terhadap murid dijalankan..~

~ Tak dinafikan,KSSR juga adalah untuk memajukan dan memperbaiki lagi sistem pendidikan generasi kita setanding dengan pendidikan negara-negara maju serta persiapkan diri mereka ke arah menghadapi dunia globalisasi yang semakin mencabar pada masa akan datang..supaya dpt menjadikan mereka manusia yang serba boleh dalam semua bidang..dan pendidikan negara-negara maju menjadi penanda aras untuk sistem pendidikan negara kita kini..apa yang baik, perlu kita contohi..apa yang kurang perlu diatasi dan diperbaiki..~

~ Semoga sgala apa yang dirancang oleh Kementerian dapat membuahkan hasil yang terbaik demi perintis kepimpinan masa depan negara Malaysia..insyaAllah..sebagai guru, CM akan cuba menjalankan tanggungjawab dalam melaksanakan KSSR ini terhadap murid dan cuba memperbaiki diri serta tingkatkan usaha untuk jadikan ank didik insan yang cemerlang dan dapat memberi sumbangan yang berguna untuk agama, bangsa dan Malaysia..InsyaAllah..amin..~

"Ya Allah, Kau berilah mereka anak didikku cahaya dan petunjukMU supaya mereka mendapat ilmu yang bermanfaat dan jadikanlah mereka insan-insan cemerlang dan berguna demi agama, bangsa dan negara..amin ya rabbal alamin.."

7 LauTaN


~ As Salam semua..kabore?? harap2 smua sihat2 ye..Alhamdulillah CM dh mkin pulih..kaki dh mkin sihat..hehe..smalam p klinik lagi..doktor bagi ubat lagi..waaaa..malasnye nk makan ubat..dah la mcm2 warna dan bentuk ubat..tambah2 lak doktor suh minum ubat ni lak..aduiiyaiii...7 lautan tu..hahaha..xde la ni minyak ikan kod..wekkk...nak muntah pom ade bile minum..tu pom baru 1 sudu..rase hanyir ikan trlalu kuat..nak tak nak kena jgk minum..kalau tak sia2 je beli..uwaaaaa ~

~ CM nk nasihatkan lenkali kalau sesiapa yang xtahan hanyir ikan, leh la beli yang kapsul..rase rugi lak tak beli yg kapsul, kalau tak leh telan terus..uwaaa...dh terbeli yang cecair lak..sabor je le...huhu..bertahan ye Che Mah...huhu..sebulan je..(arghhhhhh tensyennyeee..) ~




~ Dah name ubat atau suplemen utk kesihatan..xsemestinye sedap kan..banyak khasiat minyak ikan kod ni..tak rugi kite minum dan amalkan..sedap ke tak sedap, janji leh beri kita kebaikan..kesihatan kena jaga sbagai tanda kita menghargai nikmat Allah utk kita...so,jom kite hayati pe kebaikannye..jommm...~


Daripada perihalcantik


Minyak ikan kod mengandungi :-
  • DHA - asid lemak yang baik untuk sistem saraf dan mata. Elok diamalkan oleh ibu-ibu mengandung kerana DHA baik untuk sistem otak bayi dan mengelakkan 'post natal blues' (meroyan)
  • EPA - asid lemak yang membantu sistem kardiovaskular yang baik, mengelakkan penyakit arthritis dan membantu kesihatan emosi (mencegah kemurungan/depression)
  • vitamin A - baik untuk mata, kulit, otot dan sistem pencernaan
  • vitamin D - baik untuk mengekalkan kesihatan gigi dan tulang, memperbaiki sistem imunisasi dan mencegah sesetengah jenis kanser
Secara umumnya, pengambilan kapsul minyak ikan kod secara konsisten setiap hari boleh memperbaiki :-
  1. kesihatan kulit
  2. menguatkan tulang dan gigi
  3. kesihatan sendi
  4. sistem jantung/ kardiovaskular yang sihat
  5. menyihatkan sistem saraf dan mengelakkan kemurungan serta 'mood disorder' (perubahan mood)
  6. memperbaiki perncernaan 

From sumber

Asid lemak Omega-3 


MINYAK ikan kod pada abad ke-17 berbeza dengan apa yang kita ketahui kini. Ia digunakan untuk memenuhi pelbagai keperluan dan tiada siapa tahu khasiat sebenar pada masa itu.


Pada abad ke-18, minyak ikan kod melalui proses pemanasan dengan wap yang menghasilkan warna lebih pudar. Walaupun minyaknya lebih berkualiti rasanya masih tidak sedap. Kanak-kanak yang mengalami penyakit riket disembuhkan dengan minyak ikan kod. 

Pada abad ke-19, The British Cod Liver Oil Producers (Hull) Ltd mengambil pendekatan berbeza. Mereka melakukan kaedah mengukus cerek mengandungi minyak ikan kod, kemudian mereka menyedari beberapa syarikat menangkap ikan menggunakan pukat tunda yang beroperasi di Hull, England menggunakan teknik merebus di laut. 

Teknik itu menghasilkan minyak berwarna coklat keemasan, rendah kandungan asidnya dan rasa lembut. Kenneth McLennan yang pernah bertugas dengan Lever Brothers mencetuskan idea supaya minyak ikan kod diperoleh dalam bentuk lebih kecil dan mewujudkan jenama dikenali sebagai 'Seven Seas'.

Minyak ikan untuk sendi sihat

Kajian menunjukkan bagi pesakit yang mengalami artritis reumatoid ringan, suplemen minyak ikan kod boleh mengurangkan keperluan ubat anti-keradangan bukan steroid mereka. 

Minyak ikan kod yang kaya dengan asid lemak Omega-3 penting untuk orang dewasa yang mengalami artritis dan masalah lain berkaitan tulang. Penggunaan asid lemak Omega-3 boleh mengurangkan pengeluaran bahan kimia yang menyebabkan keradangan sendi. 

Bagi pesakit artritis, keradangan ibarat pisau bercerancang kerana enzim boleh menyebabkan masalah lebih serius. Keadaan ini berbeza pada orang yang sihat kerana enzim tidak aktif.

Di samping mengurangkan pengeluaran bahan kimia yang menyebabkan keradangan, asid lemak Omega-3 juga boleh mengurangkan kerosakan rawan. Kini tiada ubat boleh melambatkan proses degradasi rawan pada pesakit artritis.

Osteoartritis

Artritis jenis paling biasa di kalangan penyakit lemah sendi. Satu bentuk arthritis paling biasa ialah osteoartritis. Osteoartritis adalah penyakit sendi degeneratif yang terhasil daripada proses 'haus dan lusuh' sendi. 

Biasanya ia membabitkan individu lewat usia, namun ia lebih ketara pada sendi yang mengalami pelbagai tekanan dan 'penderaan'. Jika berat badan anda berlebihan, ia akan menjejaskan sendi lutut dan pinggul. 

Artritis reumatoid

Artritis reumatoid adalah penyakit sistem imun yang menyakitkan, menyebabkan ketidakselesaan dan bengkak pada sendi, saraf, otot, tendon, pembuluh darah dan tisu perantara di dalam badan. 

Ia menyerang individu tanpa mengira peringkat umur, tetapi kebanyakannya kumpulan usia 25 hingga 40 tahun. 

Bagi sesetengah orang, arthritis reumatoid hanya menyerang sekali seumur hidup, manakala bagi sesetengah orang ia penyakit yang bersifat progresif dan jangka panjang. Ia merebak daripada satu sendi ke sendi lain dan boleh menyebabkan kecacatan tangan serta kaki.

Penyembuhan

Tiada penyembuhan untuk artritis. Yang ada hanya pengurusan kesihatan sempurna dan pencegahan. Ini termasuk mengekalkan berat badan ideal, melakukan senaman seperti berjalan, berenang dan berbasikal. 

Anda juga boleh meningkatkan tahap kesihatan dengan mengamalkan pengambilan suplemen minyak ikan kod. Minyak ini digunakan sejak turun temurun untuk menghilangkan kesakitan dan kekakuan akibat artritis.


~ Haa...amacam?? dh bace khasiatnye kan..so, tanyelah selera masing2..nak ckp betul atau tidak keberkesanannye tak pasti lak sbb CM baru je cuba..tgk la sebulan lagi pe perubahannye..harap2 perubahan yang positif la..tungguuuuuuu...hehe..~

~ Semoga bermanfaat dan dpt beri kebaikan utk diri sndiri dan smua..insyaAllah..amin..~






Tuesday, October 16, 2012

Ku Pilih HaTiMu

~ Lagu ni best..liriknya cukup bermakna utk pasangan terutamanya pasangan suami isteri..yang nyanyikan lagu ni pom pasangan suami isteri..hehe..seronok tengok kebahagiaan diorang ni..heeheee...~

~ kesetiaan dan kejujuran amat penting dalam suatu perhubungan yang ingin kekal lama..
jadi pada yang dah ade pasangan, SETIA dan HARGAI pasangan korang dengan sebaik mungkin kerana bila tiba saatnya pasangan korang dah tak de kat dunia ni, barulah korang akan rasa kehilangan tu..huhu..menyesal pom dah tak de guna..
setiap kali ada masalah atau pergaduhan, fikirkan lah jika si dia sudah tidak bersama dengan kita lagi, semestinya kita takut akan kehilangan si dia..jadi same2 la pujuk memujuk dan saling bermaafan supaya segala masalah dapat diselesaikan dengan sebaik mungkin,...buangla EGO tu sejauh yang mungkin ye..huhu..(cehwah..nasihat macam org dah kawen..hihi..) 

~ HARGAILAH SELAGI BERSAMA..~

xdela..same2 la kita mengingatkan..tak semestinya cinta kepada si dia..cinta kepada ibu bapa dan keluarga jugak..HARGAILAH IBU BAPA DAN KELUARGA SELAGI MEREKA ADA DAN KITA MASIH BERADA DI ALAM DUNIA NI..huhuhu..kerana kita smua tahu hidup kta hanya sementara..jadi fikir2kan lah...jom kita hayati lagu ni...JOMMMM 


Ku pilih hatimu tak ada ku ragu
Mencintamu adalah hal yang terindah
Dalam hidupku oh sayang
Kau detak jantung hatiku

*courtesy of 
Setiap nafasku hembuskan namamu
Sumpah mati hati ingin memilihmu
Dalam hidupku oh sayang
Kau segalanya untukku

Janganlah jangan kau sakiti cinta ini
Sampai nanti di saat ragaku 
Sudah tidak bernyawa lagi
Dan menutup mata ini untuk yang terakhir

Setiap nafasku (setiap nafasku)
Hembuskan namamu (hembuskan namamu)
Sumpah mati (sumpah mati) 
Hati ingin memilihmu (ku milikmu)
Dalam hidupku oh sayang
Kau segalanya untukku ooh

Janganlah jangan kau sakiti cinta ini
Sampai nanti di saat ragaku 
Sudah tidak bernyawa lagi
Dan menutup mata ini untuk yang terakhir

Oh tolonglah jangan kau sakiti hati ini
Sampai nanti di saat nafasku 
Sudah tidak berhembus lagi
Karena sungguh cinta ini cinta sampai mati

Janganlah jangan kau sakiti cinta ini
Sampai nanti aku tidak bernyawa lagi
Dan menutup mata ini untuk yang terakhir

Oh tolonglah jangan kau sakiti hati ini
Sampai nanti di saat nafasku 
Sudah tidak berhembus lagi
Karena sungguh cinta ini cinta sampai mati
Cinta sampai mati


Nyanyian daripada suami isteri...Ussy Sulistiawaty & Andhika Pratama






~ So sweet..dear cik abg..tak sabar nak tunggu saat bahagia tu..namun sabar itu separuh daripada iman..insyaAllah..~




ATLAS


~As salam..korang pekabar??harap2 smua yg sudi menjenguk blog CM ni smuanye sihat2 dan dirahmati Allah..insyaAllah..hari ni CM nak kongsi tentang buku ATLAS yang CM baru beli pagi tadi..alhamdulillah..
dh baca sket2..banyak ilmu brmanfaat tentang sejarah Para Nabi dan Rasul..
yela..sebelum ni, kita bukannye tahu smua perkara mengenai Para Nabi dan Rasul terutamanya tentang Nabi kita, MUHAMMAD S.A.W..
kita kata kita cintakan NABI tapi adakah kita betul2 kenal siapa Nabi Muhammad S.A.W dan sejarah Baginda sejak dilahirkan??
tapi dalam buku ni bukan sahaja diceritakan tentang sejarah Nabi Muhammad S.A.W..
malah bermula daripada kejadian bumi, kejadian nabi Adam dan Hawa dan semua Nabi-nabi Allah dan rasul..
tentang Mekah, Kaabah, Hajarul Aswad, Zaman Firaun dan macam2 lagi pasal sejarah dalam Islam..
YES..tepuk dada dan nilailah sejauh mana iman dlm diri kita..
sejauh mana kita mendalami dan mengenali mereka...
bukan nak promote buku ni ke ape..
tapi saje nk kongsi dlm blog kesayangan ni tentang ape sahaja yg bermakna dalam hidup..
apa sahaja yang menggembirakan hati..hehe..seronok dapat tulis dalam blog..rasa puas sebab dapat diluahkan dengan sebaiknya..hehe..
tambahan lak niat CM nak berkongsi perkara yang baik dan harapannya dapat memberi inspirasi dan ilmu baru untuk semua yang membaca..hehe..mudah-mudahan..insyaAllah..~







~ Beli buku ATLAS tu, dapat percuma CD 30 Juzuk Al-Quran..Alhamdulillah..rezeki drp Allah..nnt nak bwk balik kampung..harap2 dapat gembirakan umi dan abah..hehe..insyaAllah..~

~ Alhamdulillah..banyak ilmu pasal sejarah Para Nabi dan Rasul, akhirnya dapatlah tahu sikit2 dan dapat tengok gambar2 yang tak pernah tengok sebelum ni..kt dalam internet pom xde tau..dalam buku ni je ade..hehe..
sebenarnya dah lama CM nak tahu sejarah para nabi dan rasul ni..sebelum ni tengok filem pasal sejarah nabi dan rasul pom macam2 persoalan timbul..
tapi alhamdulillah bila dapat ilmu daripada buku ni, ade la terjawab persoalan selama ni..
Antaranya tentang Nabi Adam dan Hawa..mungkin ada yang terlupa atau langsung tak tahu tentang penurunan Nabi Adam dan Hawa di 2 lokasi yang berbeza..

Nabi Adam diturunkan oleh Allah di India..di gunung yang puncaknya tertinggi di dunia iaitu puncak Gunung Everest..SUBHANAALLAH..CM pom baru tahu..huhu..ingatkan diturunkan di Mekah jugak..manakala Hawa diturunkan di Jeddah..
itu serba sedikit yang CM dapat kongsikan..kalau nk tau lagi, kena la miliki buku ATLAS..ade je jual kat mane2 kedai buku yang terlibat..hehe..tak rugi pom kalau beli..leh la berkongsi dengan anak2, cucu cicit nanti..hehe..insyaAllah..

THANK YOU ALLAH sebab bagi peluang kt CM untuk lihat gambar2 yang bermakna dan hayati ilmu yang bermanfaat tentang sejarah Para Nabi dan Rasul MU ini sebelum dijemput..huhuhu..smoga bermanfaat,..insyaAllah..aminn ~

Saturday, October 13, 2012

UkhWaHFiLLaH ABadaN ABaDa

~ As salam..entry ni khas utk sahabat2 yg pernah hadir mewarnai hidup CM..tidak kira ada dalam gambar atau tak..walaupun mereka tak sesempurna para sahabat BAGINDA...(selawat dan salam ats junjungan Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat Baginda..).. namun, kehadiran mereka banyak memberi inspirasi untuk CM menjadi insan dan hamba Allah yang lebih baik pada masa akan datang..manusia tidak sempurna sifatnya kerana itu adalah fitrah manusia..terimalah siapa sahaja yang ingin bersahabat dengan kita seadanya tanpa melihat pada fizikal semata-mata..lihatlah hati dan ukhwah yang dihulurkan..~

~ Sesungguhnya Allah telah pertemukan orang yang perlu kita temui kerana Allah tahu apa yang kita perlukan dalam hidup..setiap orang yang kita ketemu..tidak kira bila, siapa, di mana, mengapa dan bagaimana, ada hikmah yang Allah nak tunjukkan kepada kita dan yang pasti itulah yang terbaik dalam hidup kita..ALHAMDULILLAH..redha dan pasrah lah.dengan segala  takdir Allah..amin...~


Khas utk kalian yang pernah membuatku tersenyum..(^_^)

Sahabat..
Ikatan yang terjalin antara kita..
Umpama tali yang tersimpul rapi..
Tak akan putus..
Jika sebaliknya..
ada kepuraan..
ada dusta..
ada khianat...
ada kekejaman..
ada bisikan hasad...
adanya semua kejahatan dalam diri..
pasti ikatan ini hanya satu lakonan..




Sahabat..
Hadirmu memberiku harapan..
mewarnai landskap hidupku..
menceriakan kedukaanku..
mendewasakan diriku..
memberiku seribu makna ukhwahfillah..
setiap hariku bermakna..
kerana kenangan indah bersama..




 Sahabat..
kita bertemu dan berpisah..
kerana itu adalah fitrah..
bersyukurlah..
kerana kita pernah berukhwah..
ikatan terbina menjadi wardah
dalam meniti titian hasrat..
mencari bekalan isi duniawi..
memberiku kebahagiaan..
memberiku pengalaman..
memberiku sinar pengharapan..
dalam melalui ujian dariNYA..






Sahabat..
Siapa pun dirimu..
kasih sayangku tidak kenal rupa dan harta..
keikhlasan yang kuberikan..
mengharap balas ikhlas darimu..
tiada apa yang diminta..
melainkan kasih tulus dalam ikatan..
ukhwahfillah abadan abada..
menjadi tunjang hubungan sejati..
manis dan pahit kita bersama..
tidak pernah hilang dalam ingatanku..
kumencari setiap erti penghargaan yang diberikan..
kerana kutahu..
kasih yang kuberikan adalah kerana Illahi..
walaupun tiada kutahu rahsia isi hatimu..
kucuba menjadi sahabat terbaik untukmu..
kerana itu adalah diriku..




Sahabat..
tiba saatnya..
kita berpisah dan bertemu..
atas izin Illahi jua..
kita kembali bersama..
namun semua itu tidak akan sama..
kenangan terindah yang dilalui..
menjadi khazanah..
kerana semua itu lumrah..
ikatan terbina tetap kukuh..
buat selamanya..








Sahabat..
jika suatu hari..
tiada lagi aku di alam ini..
pada suatu saat..
kau teringatkanku..
kau terlihat namaku..
kau terlihat wajahku..
kenanglah daku dalam doamu..
sesungguhnya..
aku sayang padamu..
setiap sahabatku..
kerana ALLAH..
UKWAHFILLAH ABADAN ABADA...


"Ya Allah..berkatilah persahabatan dan ikatan ukhwah kami..moga2 dengan ikatan persahabatan ini menjadikan kami hamba-hambaMU yang terbaik di sisimu dalam mencari redhaMU.."

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SeGaLaNya UnTuKMu..AbaH dan Ummi

SeGaLaNya UnTuKMu..AbaH dan Ummi