Daisypath Graduation tickers

Wednesday, February 9, 2011

2011 : KURSUS PERANCANGAN STRATEGIK KURIKULUM


~ As salam..post kali ttg kursus yg CM hadiri anjuran SK Tg Belanja ~

Ini adalah kursus yg pertama yg CM hadiri setelah beberapa hari baru posting..hehe
Walaupom mase ni ngah blur lg pasal situasi kursus dan penyesuaian diri di sekolah, CM cuba dapatkan ilmu yg brmanfaat drp kursus ni..

sumber inspirasi : mdzuki

Perancangan Startegik merupakan suatu proses yang kompleks dan berterusan untuk menangani perubahan sesebuah organisasi. 
Perancangan Strategik merupakan proses yang berorientasikan masa depan dan jangkaan yang berfokus. Perancangan Strategik Pencapaian Akademik ( PSPA ) dijanakan bagi membolehkan organisasi mengambil tindakan-tindakan dinamik dan berfokus berasaskan analisis kendiri. 
Tiga jawatankuasa telah ditubuhkan bagi merealisasikan pembinaan PSPA ini iaitu Jawatankuasa Induk, Jawatankuasa Kerja dan Jawatankuasa Audit Kualiti. 
Jadual kerja disediakan sebagai panduan dan kawalan kemajuan projek ini. 
 Setiap panitia dipertanggungjawabkan membuat analisis dan menjana strategi panitia masing-masing.
 Analisis SWOT telah menzahirkan beberapa kekuatan, kelemahan, ancaman dan peluang yang boleh digunapakai sebagai asas pembentukan strategi yang sesuai. 
Pembentukan strategi ini juga berasaskan kepada hasrat untuk mencapai visi sekolah. 
Strategi-strategi yg sesuai didokong pelbagai aktiviti yang relevan dengannya seperti kursus dalaman untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru, penghasilan modul-modul pendidikan unuk memperkayakan pelajar dengan maklumat, kursus-kursus bina diri untuk memperkasakan jatidiri para pelajar, program motivasi waris, analisis peperiksaan sama ada peringkat sekolah atau awam untuk menghasilkan modul latihan teknik menjawab yang berkesan, klinik-klinik pembelajaran untuk mengatasi masalah lemah penguasaan 3M dan beberapa lagi strategi yang telah difikirkan wajar dilaksanakan. 
Graf-graf berkaitan juga disdiakan untuk memudahkan pengesanan pencapaian dan peningkatan.


So, yg atas ni adalah sumber inspirasi utk penerangan lebih lanjut mengenai kursus ni..Alhamdulillah..
smoga smuanya berjalan dgn lancar..amin ya rabb..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SeGaLaNya UnTuKMu..AbaH dan Ummi

SeGaLaNya UnTuKMu..AbaH dan Ummi