Tuesday, July 26, 2011

Zikir Membersihkan Hati



~ Rasulullah SAW bersabda ....

" Bagi segala sesuatu ada penggosok untuk membersihkan dan menghilangkan kekotorannya (umpamanya untuk membersihkan badan dan pakaian digunakan sabun dan untuk menghilangkan karat besi digunakan api dan lain-lain). Maka demikian itulah penggosok (pembersih) hati ialah ZIKRULLAH.."

~ Hadis ini juga menceritakan bahawa zikrullah adalah lebih utama daripada yang lain-lain. Zikir itu dianggap sebagagi pembersih hati yang kotor kerana setiap ibadat dikira dalam ertikata sebenarnya apabila ibadat-ibadat itu dikerjakan dengan ikhlas dan pencapaian ikhlas itu adalah bergantung kepada hati yang jernih lagi suci...animated,gif~

~ Oleh itu, sebahagian ulama tasawuf memberitahu bahawa zikir yang dimaksudkan di dalam hadis ini ialah QALBI (ZIKIR DALAM HATI) bukan ZIKIR LISANI (ZIKIR DENGAN LIDAH)..Dengan Mengerjakan ZIKIR QALBI itu hati seseorang manusia terhubung dengan Allah buat selama-lamanya ..Hakikat ini tidaklah dapat disangkalkan lagi bahawa keadaan yang disebutkan ini adalah lebih utama dari segala ibadat kerana tercapai sama ada anggota-anggota zikir mahupun anggota-anggota batin. Anggota-anggota ini semuanya adalah menurut HATI..Jika HATI  itu berhubung dengan sesuatu..maka anggota-anggota lain dengan sendirinya akan berhubung dengannya..smua tindakan kita akan terdorong mengikut kata HATI yg SUCI DAN MURNI hasil daripada ZIKRULLAH yang dilakukan setiap hari..gif,avatar,animated~


~ Marilah sama2 kita berzikir dan menambahkan lagi amal ibadah selagi nyawa masih dikandung badan..kerana kelak bile ajal menjemput, tiada lagi nilai penyesalan..bila kita sihat dan bercukupan dan tidak kira dimana kita berada, jgn sesekali kita lupakan Allah..kerana smua yg kita nikmati di ats dunia ini adalah smua daripada NYA..marilah kita menjadi HAMBA ALLAH YANG SENTIASA BERSYUKUR..~


~ DENGAN BERZIKIR KEPADA ALLAH..HATI AKAN MENJADI TENANG DAN BERSIH..insyaALLAH..~


animated,gif adiosss

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SeGaLaNya UnTuKMu..AbaH dan Ummi

SeGaLaNya UnTuKMu..AbaH dan Ummi