Sunday, January 6, 2013

B2B (W-DaY PRepaRaTioN)


As salam..perancangan rapi perlu dibuat dengan sebaik mungkin sbelum melangkah ke alam perkahwinan kerana pada saat kte sudah bergelar suami isteri, bukan sahaja majlis dah selesai,namun tanggungjawab yang besar jgk perlu dipikul bersama-sama..
ape yang penting kte perlu bersedia untuk hadapi hari bahagia itu dengan gembira dan tenang bukannye tensyen dan penat..
so, utk mengelakkan kepenatan dan tekanan semasa proses ke arah itu, kte perlu bersedia dari awal lagi..
CM nak kongsi ilmu drp blog bakalpengantin ni utk tatapan semua...



Perancangan yang baik untuk bakal pengantin melayu, pastinya membantu malancarkan perjalanan majlis perkahwinan anda. Semak keperluan penting yang disediakan oleh BakalPengantin.com

12 BULAN SEBELUM MAJLIS PERKAHWINAN

§  Memilih tarikh untuk majlis pernikahan dan persandingan
§  Memilih lokasi majlis, waktu jamuan dan tempahan makanan
§  Menentukan gaya serta tema majlis persandingan
§  Mengaturkan bajet
§  Memilih perancang majlis perkahwinan yang terbaik dan mengikut kemampuan anda
§  Mengumpul nama tetamu
§  Memilih pengapit, pengiring serta pengacara majlis
§  Memilih cincin pernikahan
§  Memilih kek pengantin
§  Memesan cenderahati untuk tetamu


5 BULAN SEBELUM MAJLIS PERKAHWINAN

§  Menyelesaikan semua urusan persandingan(membayar deposit, pergi memilih dan mencuba kelengkapan pakaian).
§  Memilih dan menentukan semua kelengkapan perkahwinan (kad undangan, kek perkahwinan, bunga tangan, jurugambar, jurusolek dan lain-lain)
§  Menghubungi kadi dan pejabat agama Islam
§  Menghubungi saksi pernikahan
§  Membuat rawatan ke spa


2 BULAN SEBELUM MAJLIS PERKAHWINAN

§  Menyenaraikan nama tetamu
§  Membuat perancangan majlis bersama pengacara majlis
§  Merencanakan bulan madu
§  Mengaturkan tempat tinggal saudara yang datang dari jauh
§  Memastikan rawatan spa secara intensif
§  Memastikan bunga telur dan cenderahati yang telah ditempah siap
§  Memastikan ukuran baju anda sesuai dengan bentuk tubuh anda dan pasangan


SEBULAN SEBELUM MAJLIS PERKAHWINAN

§  Mula mengirim kad undangan untuk saudara jauh
§  Memastikan cincin anda dalam ukuran yang betul
§  Berbincang dengan jurufoto konsep gambar yang anda inginkan
§  Menempah penginapan untuk percutian bulan madu
§  Memastikan semua keperluan majlis perkahwinan, persandingan dan resepsi lengkap
§  Memilih muzik atau lagu ketika majlis perkahwinan berlangsung



Sumber inspirasi: bakalpengantin


Tak semua yang kte bace leh kte ikut..mane yg sesuai dengan kemampuan kte dan terbaik utk kte leh la kte ikut ye..
ilmu di atas ni pom sbgai panduan utk kte merancang sndiri pe yg perlu dibuat mengikut bulan2 tertentu..
in sya Allah..smoga smuanye berjalan dgn lancar...amin..



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SeGaLaNya UnTuKMu..AbaH dan Ummi

SeGaLaNya UnTuKMu..AbaH dan Ummi