Saturday, May 14, 2011

2011 : KURSUS PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL


~ As salam , post kali ini mengenai kursus yg CM hadapi anjuran SK Tg Belanja ~

Protokol dan Etiket Sosial??
 Ape tu??hehe..
padahalnya dah hadapi kursus ni mase kt IPG KSM dulu..
cume nak refresh balik la tentang smua tu..jom kita refresh balik ye..

sumber inspirasi : mrashraaf70.blogspot.com


PROTOKOL


Maksud protokol adalah panduan yang menentukan bagaimana sesuatu aktiviti patut dilakukan. 



KEPENTINGAN PROTOKOL


  • Menjaga status dan kedudukan Orang-Orang Kenamaan.
  • Menjaga sensitiviti dan perasaan.
  • Memastikan kelancaran dan keharmonian majlis.
  • Memastikan supaya keutamaan dan penghormatan diberi setimpal dengan jawatan seseorang VIP.



ETIKA SOSIAL


Etika berasal daripada perkataan Yunani, iaitu ethos yang bermaksud cara, rutin, kebiasaaan, adat resam dan budi pekerti. Di dalam Islam maksud etika menghampiri dengan apa yang digariskan di dalam perbicaraan akhlak Islam.
Etika adalah suatu aturan yang dicipta dengan tujuan untuk menjaga hubungan dengan orang lain agar terjalin komunikasi yang baik dan akrab.




KEPENTINGAN ETIKA SOSIAL


  • Mengambarkan betapa murni baiknya tatacara manusia.
  • Tidak menyinggung mana-mana tetamu atau pihak di dalam majlis.
  • Menjaga kemuliaan dan kedudukan seseorang yang menghadiri majlis.
  • Mengutamakan dan memuliakan tuan rumah atau penganjur majlis.
Memang kalau kita cari sumber kat mane2 pom semuanye mnceritakan kandungan yang same je..
so that's why la kandungan kursus pom lebih kurang cmni la..
kadang2 ia merupakan salah satu peringatan penting supaya kita tak terlupa bila saat kita dalam suatu majlis protokol..

Dalam kursus ini jgk ia menitikberatkan tentang subjek2 tertentu lebih spesifik contohnye dari segi elemen berpakaian, prinsip pengenalan diir dan sebagainya..

Daripada sumber inspirasi ni myhazman, kita akan dapat pengetahuan terkini mengenai kursus ini..

Petikan daripada sumber...

Baru-baru ini saya berkesempatan menghadiri kursus Kepimpinan Pensyarah Muda IPTA bertempat di INTURA Sungai Petani anjuran KPT dengan kerjasama AKEPT. Ternyata,
agenda yang dicanangkan tidak membosankan, malahan memberi 1001 pengetahuan baru kepada kami pensyarah muda yang masih cetek ilmunya ini. 


Salah satu topik yang menarik minat saya adalah berkenaan dengan protokol dan etiket sosial, di mana saya pasti ramai daripada kita di luar sana masih lemah dalam mempelajari selok belok serta tatacara berprotokol dengan betul. Secara ringkas ianya dianggap sebagai PERATURAN sertaTATACARA bagi sesuatu majlis rasmi. Apa pula yang dimaksudkan dengan Etiket? Ianya adalah satu PERATURAN TINGKAHLAKU atau SOPAN SANTUN samaada dalam kehidupan seharian, dalam hubungan antara satu sama lain, atau ketika berada di dalam majlis rasmi/bukan rasmi.

Satu benda baru yang saya pelajari, protokol ini mempunyai 2 prinsip utama. Yang pertama, VIP kebiasaannya akan selalu lewat sampai, dan mereka lah yang akan paling awal meninggalkan majlis. Kedua, susun atur kedudukan mereka ini adalah mengikut seniority, bermaksud mengikut pangkat seseorang VIP itu. Perkara ini boleh di lihat di mana-mana majlis rasmi di seluruh negara. Apakah yang dimaksudkan dengan majlis rasmi? Ianya bermaksud majlis yang menggunakan wang kerajaan. Sebagai contoh, majlis-majlis rasmi kerajaan seperti Anugerah Khidmat Cemerlang, Anugerah Tokoh Maal Hijrah, Majlis Konvokesyen dan sebagainya. Yang menentukan tinggi rendahnya sesebuah protokol itu ialah melalui “formality” nya. Ianya bermaksud protokol tersebut mestilah mempunyai VIP, Aturcara, serta beberapa protokol tertentu seperti tempat duduk, karpet merah dan sebagainya.

ELEMEN BERPAKAIAN

Ketika menghadiri sesuatu majlis rasmi, sebolehnya elakkan daripada memakai pakaian yang berwarna seperti Oren, merah, serta hijau terutamanya di siang hari (bagi lelaki). Ini kerana pakaian tersebut tidak dianggap sesuai ketika berada di majlis rasmi atas sebab faktor warna baju tersebut yang dianggap terlalu cerah. Bagi aksesori pula, seeloknya memakai sebanyak 3 jenis aksesori (lelaki) serta 4 jenis aksesori (wanita).

Bagi lelaki, aksesori yang perlu ada termasuklah cincin (pakai di jari tangan kanan), jam tangan (pakai di tangan kiri) serta pen (diletakkan di dalam poket blazer anda). Pen tersebut sebolehnya yang berjenama, yang boleh menampakkan ketrampilan diri anda ketika berjumpa dengan pelbagai jenis VIP ketika di dalam majlis rasmi. Anda tentu tidak mahu menggunakan pen berjenama sekolah, atau yang murah harganya ketika mencatitkan sesuatu di hadapan mereka! Bagi wanita pula, seeloknya memakai cincin dijari tangan kiri (bagi yang sudah berkahwin), jam tangan (belah kiri), gelang tangan, serta brudge tudung (maksimum 2 sahaja). Ini dianggap aksesori paling sesuai yang perlu anda pakai ketika menghadiri majlis rasmi. Bagi penggunaan beg tangan pula, penggunaanya adalah berbeza bergantung kepada situasi samaada anda menggunakannya untuk kegunaan harian, atau majlis rasmi.

Mengikut adab serta etiket yang sebetulnya, penggunaan beg tangan (khususnya wanita) haruslah mengikut kesesuaian majlis. Jika anda menghadiri majlis rasmi seperti seminar, kursus, dan jamuan di siang hari, seeloknya memakai beg tangan yang bertali panjang, berukuran 12-15 inci dan bersaiz sederhana atau kecil. Ini dapat memudahkan anda untuk meletakkan beg tersebut di tempat duduk anda kerana saiznya yang tidak terlalu besar serta mudah dibawa kerana talinya yang agak panjang. Manakala bagi majlis rasmi terutamanya ketika menghadiri jamuan makan malam, saiz beg tangan yang seeloknya ialah bersaiz 
8-10 inci, lebih kecil dan pendek berbanding ketika menghadiri majlis rasmi di siang hari.

Contoh Handbag Holder (Sumber etiketprotokol.blogspot)

Persoalannya di sini, di manakah tempat yang sesuai untuk anda meletakkan beg tangan tersebut? Salah satu caranya ialah dengan meletakkan beg tersebut di sebelah kanan meja anda (bagi majlis rasmi siang hari) atau di belakang tempat duduk anda. Jangan sesekali meletakkan beg tersebut di atas meja anda kerana ianya akan mencacatkan pemandangan serta memberi imej yang buruk kepada anda! Cara yang lain pula ialah dengan menggunakan handbag holder, iaitu sejenis cangkuk yang direka khas untuk menggantung beg tangan anda ketika menghadiri majlis rasmi. Ini serba sedikit dapat ‘menyembunyikan’ beg tangan anda dan ianya selamat kerana anda boleh meletakkan nya bersebelahan dengan tempat duduk anda.


So, kesimpulannya, CM dapat peroleh banyak ilmu bermanfaat drp kursus ini..
smoga ilmu ini dapat dipraktikkan pada wktu yang sesuai..in sya Allah..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SeGaLaNya UnTuKMu..AbaH dan Ummi

SeGaLaNya UnTuKMu..AbaH dan Ummi