Daisypath Graduation tickers

Wednesday, October 17, 2012

7 LauTaN


~ As Salam semua..kabore?? harap2 smua sihat2 ye..Alhamdulillah CM dh mkin pulih..kaki dh mkin sihat..hehe..smalam p klinik lagi..doktor bagi ubat lagi..waaaa..malasnye nk makan ubat..dah la mcm2 warna dan bentuk ubat..tambah2 lak doktor suh minum ubat ni lak..aduiiyaiii...7 lautan tu..hahaha..xde la ni minyak ikan kod..wekkk...nak muntah pom ade bile minum..tu pom baru 1 sudu..rase hanyir ikan trlalu kuat..nak tak nak kena jgk minum..kalau tak sia2 je beli..uwaaaaa ~

~ CM nk nasihatkan lenkali kalau sesiapa yang xtahan hanyir ikan, leh la beli yang kapsul..rase rugi lak tak beli yg kapsul, kalau tak leh telan terus..uwaaa...dh terbeli yang cecair lak..sabor je le...huhu..bertahan ye Che Mah...huhu..sebulan je..(arghhhhhh tensyennyeee..) ~




~ Dah name ubat atau suplemen utk kesihatan..xsemestinye sedap kan..banyak khasiat minyak ikan kod ni..tak rugi kite minum dan amalkan..sedap ke tak sedap, janji leh beri kita kebaikan..kesihatan kena jaga sbagai tanda kita menghargai nikmat Allah utk kita...so,jom kite hayati pe kebaikannye..jommm...~


Daripada perihalcantik


Minyak ikan kod mengandungi :-
  • DHA - asid lemak yang baik untuk sistem saraf dan mata. Elok diamalkan oleh ibu-ibu mengandung kerana DHA baik untuk sistem otak bayi dan mengelakkan 'post natal blues' (meroyan)
  • EPA - asid lemak yang membantu sistem kardiovaskular yang baik, mengelakkan penyakit arthritis dan membantu kesihatan emosi (mencegah kemurungan/depression)
  • vitamin A - baik untuk mata, kulit, otot dan sistem pencernaan
  • vitamin D - baik untuk mengekalkan kesihatan gigi dan tulang, memperbaiki sistem imunisasi dan mencegah sesetengah jenis kanser
Secara umumnya, pengambilan kapsul minyak ikan kod secara konsisten setiap hari boleh memperbaiki :-
  1. kesihatan kulit
  2. menguatkan tulang dan gigi
  3. kesihatan sendi
  4. sistem jantung/ kardiovaskular yang sihat
  5. menyihatkan sistem saraf dan mengelakkan kemurungan serta 'mood disorder' (perubahan mood)
  6. memperbaiki perncernaan 

From sumber

Asid lemak Omega-3 


MINYAK ikan kod pada abad ke-17 berbeza dengan apa yang kita ketahui kini. Ia digunakan untuk memenuhi pelbagai keperluan dan tiada siapa tahu khasiat sebenar pada masa itu.


Pada abad ke-18, minyak ikan kod melalui proses pemanasan dengan wap yang menghasilkan warna lebih pudar. Walaupun minyaknya lebih berkualiti rasanya masih tidak sedap. Kanak-kanak yang mengalami penyakit riket disembuhkan dengan minyak ikan kod. 

Pada abad ke-19, The British Cod Liver Oil Producers (Hull) Ltd mengambil pendekatan berbeza. Mereka melakukan kaedah mengukus cerek mengandungi minyak ikan kod, kemudian mereka menyedari beberapa syarikat menangkap ikan menggunakan pukat tunda yang beroperasi di Hull, England menggunakan teknik merebus di laut. 

Teknik itu menghasilkan minyak berwarna coklat keemasan, rendah kandungan asidnya dan rasa lembut. Kenneth McLennan yang pernah bertugas dengan Lever Brothers mencetuskan idea supaya minyak ikan kod diperoleh dalam bentuk lebih kecil dan mewujudkan jenama dikenali sebagai 'Seven Seas'.

Minyak ikan untuk sendi sihat

Kajian menunjukkan bagi pesakit yang mengalami artritis reumatoid ringan, suplemen minyak ikan kod boleh mengurangkan keperluan ubat anti-keradangan bukan steroid mereka. 

Minyak ikan kod yang kaya dengan asid lemak Omega-3 penting untuk orang dewasa yang mengalami artritis dan masalah lain berkaitan tulang. Penggunaan asid lemak Omega-3 boleh mengurangkan pengeluaran bahan kimia yang menyebabkan keradangan sendi. 

Bagi pesakit artritis, keradangan ibarat pisau bercerancang kerana enzim boleh menyebabkan masalah lebih serius. Keadaan ini berbeza pada orang yang sihat kerana enzim tidak aktif.

Di samping mengurangkan pengeluaran bahan kimia yang menyebabkan keradangan, asid lemak Omega-3 juga boleh mengurangkan kerosakan rawan. Kini tiada ubat boleh melambatkan proses degradasi rawan pada pesakit artritis.

Osteoartritis

Artritis jenis paling biasa di kalangan penyakit lemah sendi. Satu bentuk arthritis paling biasa ialah osteoartritis. Osteoartritis adalah penyakit sendi degeneratif yang terhasil daripada proses 'haus dan lusuh' sendi. 

Biasanya ia membabitkan individu lewat usia, namun ia lebih ketara pada sendi yang mengalami pelbagai tekanan dan 'penderaan'. Jika berat badan anda berlebihan, ia akan menjejaskan sendi lutut dan pinggul. 

Artritis reumatoid

Artritis reumatoid adalah penyakit sistem imun yang menyakitkan, menyebabkan ketidakselesaan dan bengkak pada sendi, saraf, otot, tendon, pembuluh darah dan tisu perantara di dalam badan. 

Ia menyerang individu tanpa mengira peringkat umur, tetapi kebanyakannya kumpulan usia 25 hingga 40 tahun. 

Bagi sesetengah orang, arthritis reumatoid hanya menyerang sekali seumur hidup, manakala bagi sesetengah orang ia penyakit yang bersifat progresif dan jangka panjang. Ia merebak daripada satu sendi ke sendi lain dan boleh menyebabkan kecacatan tangan serta kaki.

Penyembuhan

Tiada penyembuhan untuk artritis. Yang ada hanya pengurusan kesihatan sempurna dan pencegahan. Ini termasuk mengekalkan berat badan ideal, melakukan senaman seperti berjalan, berenang dan berbasikal. 

Anda juga boleh meningkatkan tahap kesihatan dengan mengamalkan pengambilan suplemen minyak ikan kod. Minyak ini digunakan sejak turun temurun untuk menghilangkan kesakitan dan kekakuan akibat artritis.


~ Haa...amacam?? dh bace khasiatnye kan..so, tanyelah selera masing2..nak ckp betul atau tidak keberkesanannye tak pasti lak sbb CM baru je cuba..tgk la sebulan lagi pe perubahannye..harap2 perubahan yang positif la..tungguuuuuuu...hehe..~

~ Semoga bermanfaat dan dpt beri kebaikan utk diri sndiri dan smua..insyaAllah..amin..~






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SeGaLaNya UnTuKMu..AbaH dan Ummi

SeGaLaNya UnTuKMu..AbaH dan Ummi