Daisypath Graduation tickers

Saturday, October 13, 2012

UkhWaHFiLLaH ABadaN ABaDa

~ As salam..entry ni khas utk sahabat2 yg pernah hadir mewarnai hidup CM..tidak kira ada dalam gambar atau tak..walaupun mereka tak sesempurna para sahabat BAGINDA...(selawat dan salam ats junjungan Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat Baginda..).. namun, kehadiran mereka banyak memberi inspirasi untuk CM menjadi insan dan hamba Allah yang lebih baik pada masa akan datang..manusia tidak sempurna sifatnya kerana itu adalah fitrah manusia..terimalah siapa sahaja yang ingin bersahabat dengan kita seadanya tanpa melihat pada fizikal semata-mata..lihatlah hati dan ukhwah yang dihulurkan..~

~ Sesungguhnya Allah telah pertemukan orang yang perlu kita temui kerana Allah tahu apa yang kita perlukan dalam hidup..setiap orang yang kita ketemu..tidak kira bila, siapa, di mana, mengapa dan bagaimana, ada hikmah yang Allah nak tunjukkan kepada kita dan yang pasti itulah yang terbaik dalam hidup kita..ALHAMDULILLAH..redha dan pasrah lah.dengan segala  takdir Allah..amin...~


Khas utk kalian yang pernah membuatku tersenyum..(^_^)

Sahabat..
Ikatan yang terjalin antara kita..
Umpama tali yang tersimpul rapi..
Tak akan putus..
Jika sebaliknya..
ada kepuraan..
ada dusta..
ada khianat...
ada kekejaman..
ada bisikan hasad...
adanya semua kejahatan dalam diri..
pasti ikatan ini hanya satu lakonan..




Sahabat..
Hadirmu memberiku harapan..
mewarnai landskap hidupku..
menceriakan kedukaanku..
mendewasakan diriku..
memberiku seribu makna ukhwahfillah..
setiap hariku bermakna..
kerana kenangan indah bersama..




 Sahabat..
kita bertemu dan berpisah..
kerana itu adalah fitrah..
bersyukurlah..
kerana kita pernah berukhwah..
ikatan terbina menjadi wardah
dalam meniti titian hasrat..
mencari bekalan isi duniawi..
memberiku kebahagiaan..
memberiku pengalaman..
memberiku sinar pengharapan..
dalam melalui ujian dariNYA..






Sahabat..
Siapa pun dirimu..
kasih sayangku tidak kenal rupa dan harta..
keikhlasan yang kuberikan..
mengharap balas ikhlas darimu..
tiada apa yang diminta..
melainkan kasih tulus dalam ikatan..
ukhwahfillah abadan abada..
menjadi tunjang hubungan sejati..
manis dan pahit kita bersama..
tidak pernah hilang dalam ingatanku..
kumencari setiap erti penghargaan yang diberikan..
kerana kutahu..
kasih yang kuberikan adalah kerana Illahi..
walaupun tiada kutahu rahsia isi hatimu..
kucuba menjadi sahabat terbaik untukmu..
kerana itu adalah diriku..




Sahabat..
tiba saatnya..
kita berpisah dan bertemu..
atas izin Illahi jua..
kita kembali bersama..
namun semua itu tidak akan sama..
kenangan terindah yang dilalui..
menjadi khazanah..
kerana semua itu lumrah..
ikatan terbina tetap kukuh..
buat selamanya..








Sahabat..
jika suatu hari..
tiada lagi aku di alam ini..
pada suatu saat..
kau teringatkanku..
kau terlihat namaku..
kau terlihat wajahku..
kenanglah daku dalam doamu..
sesungguhnya..
aku sayang padamu..
setiap sahabatku..
kerana ALLAH..
UKWAHFILLAH ABADAN ABADA...


"Ya Allah..berkatilah persahabatan dan ikatan ukhwah kami..moga2 dengan ikatan persahabatan ini menjadikan kami hamba-hambaMU yang terbaik di sisimu dalam mencari redhaMU.."

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SeGaLaNya UnTuKMu..AbaH dan Ummi

SeGaLaNya UnTuKMu..AbaH dan Ummi