Daisypath Graduation tickers

Tuesday, October 23, 2012

PeNaWaR SeGaLa PeNyaKiT


As salam..ari ni CM nk ceghite pasal Penawar untuk sgala pnyakit..macam2 penyakit..pnyakit yang kita tak tahu pom ianya leh ubat..
ari tu ada tertengok rancangan kt tv9..RESEPI SUNNAH..
kebetulan pd ari trsebut rncangan tu adalah last episod...
xsangka lak first time tengok cite ni adalah episod terakhir..huhu..
kalau tau, dah lame dah tunggu depan tv nak blaja resepi guna bahan2 yang merupakan sunnah Nabi..huhu..
ape pom alhmdulillah..sebab Allah bagi ilham suh bukak tv9 tadi..hihi..smua yg berlaku adalah kehendak Allah..
sebelum ni CM dah tahu sket2 pasal HABBATUS SAUDA..serta khasiatnya..
ye..HABBATUS SAUDA (HS) namenye..
cuma tak amik perhatian sgt la..huhu..
hari ni tergerak hati nak tulis pasal HS..hehe..
ingat nak cuba survey HS ni kt farmasi atau kt mane2 yg ade..
CM nak cuba makan HS ni sbb ianya penawar segala pnyakit..
Nape? tak percaye ek??percaya ke tak percaya, itu lah kenyataannya..


Hadis Bukhari meriwayatkan dari Aisyah r.a. bahawa beliau pernah mendengar Nabi bersabda, 
“Sungguh dalam Habbatus Sauda’ itu terdapat penyembuh segala penyakit kecuali Al-Sam, "
 Saya bertanya apakah itu Al-Sam? 
Baginda menjawab, “Mati” 
(Sahih Bukhari 5687)
Daripada Abu Huraira r.a., 
Nabi Muhammad (SAW) bersabda: 
“Habbatus Sauda ini menyembuhkan segala jenis penyakit kecuali As-Saam.” 

Aisyah r.ha. pun bertanya:

“Apakah As-Saam itu?” 


Jawab Baginda (SAW) :

“Mati.”
(Riwayat Al-Muslim)


Kalau cari dalam tenet, byk blog cite pasal khasiat HS ni..
CM pom amik info drp diorg..
smoga info dan maklumat yang diorg sebarkan dan kongsikan dapat beri manfaat untuk diri diorang dan org lain..insyaAllah..
Jom kita hayati ape itu HS dan khasiat yang terkandung dalam RAJA SEGALA HERBA ni..
Bagi yang tak tahu lebih mendalam pasal HS ni..korang nak tahu tak apa itu HABBATUS SAUDA dan kebaikannya??


  • sejenis tumbuhan dalam bentuk rumput kecil, 


  • mempunyai batang yang tingginya lebih kurang setengah hasta, 


  • mengeluarkan bunga yang berwarna biru yang terdapat di dalamnya biji Habbatussauda. 




  • terdapat di negara Arab dan dikenali dengan pelbagai nama seperti Habbatussauda (Mesir , Syam), 
  • dalam Bahasa Inggeris dipanggil Nigella Sativa atau Black Cumin. 

  • Mengandungi lebih drp 67 kandungan bahan aktif di dalamnya. 
  • Bahan-bahan ini dapat membantu menyembuhkan beberapa penyakit yang sering dihadapi oleh manusia.
  •  satu supplement/ubat yg membetulkan perjalanan sistem tubuh seseorang individu itu. 
  • Ianya akan membersihkan darah dan menjadikan individu itu lebih bertenaga dan sihat .
  • mengubati batuk yang kronik, batuk kokol selsema yang sudah lama., resdung lelah atau sesak nafas, terutama pada Bronchial asthma dan Cardiac Ashtma, sakit jantung, darah gemuruh, darah tinggi, luka-luka dihati (cirrhosis of liver), Batu karang, sakit buah pinggang, gout, kencing manis, luka-luka didalam mulut, sakit tengkuk, tonsillitis, gusi berdarah, mulut berbau, pedih ulu hati, gastric, luka-luka dalam perut (ulser), kurang penghadaman dan lain-lain.
  • Mujarab untuk mengecutkan semua jenis ketumbuhan pada payudara dan rahim
  • melegakan kesan buruk dari pada merokok, cacing, kanak-kanak kencing malam, cramp, kurang tidur, sakit kepala, migraine, senak perut, sembelit
  • dikenal juga sebagai Al Habbah Al Barokah.
  • dapat mengubati 50 macam penyakit tanpa efek
  • merangsang tenaga dan membantu pemulihan kepenatan dan semangat.(Ibnu Sina di dalam bukunya Canon of Medicine)
  • memulihkan penyakit-penyakit seperti batuk, bronchitits, masalah perut, kecacingan, masalah kulit seperti jerawat, sakit senggugut dan haid yang lain, menambah susu badan, menambah pengaliran air liur dan sebagainya.(Ibnu Qayyim di dalam bukunya Medicine of the Prophet)
  • mempertingkatkan daya tahan sakit (immune system).(Dr Ahmad Elkadi)


CIRI -CIRI HABBATUS SAUDA

1. Nilai pemakanan

Habbatus Sauda kaya dengan:

~ monosaccharide glukosa, xylosa dsb.

~ polysaccharide

fatty acid yang tidak tepu (unsaturated essential fatty acids, EFA). EFA tidak boleh dihasilkan oleh badan kita, oleh itu sumber utamanya ialah dari pemakanan

amino acid yang membentuk protein

~ karotene iaitu sumber vitamin A

~ kalsium, zat besi, dsb.



2. Sistem imunisasi
Kajian yang dilakukan di Arab Saudi mendapati, habbatus Sauda berupaya meningkatkan sistem imunisasi anda (daya melawan penyakit). Oleh itu ia mungkin penting dalam pengawalan kanser, AIDS dan penyakit-penyakit berkaitan yang lain.



3. Anti-histamine

Histamine ialah bahan yang dikeluarkan oleh sel-sel mast di dalam badan yang menyebabkan kesan-kesan allergik (alahan). Habbatus Sauda mengandungi bahan yang menghalang protein kinase C, sejenis bahan yang mencetus penghasilan histamine. Oleh kerana penghidap penyakit asma selalunya mengalami masalah alahan, habbatus Sauda mungkin baik diambil secara berterusan oleh pesakit-pesakit ini.




4. Anti-tumor

Kajian in vitro mendapati habbatus Sauda berupaya menghalang pembentukan sel-sel tumor. Oleh itu, ia baik untuk digunakan untuk membantu menghalang penyakit kanser.




5. Anti-bakteria

Penyelidikan ke atas bahan ini mendapati ia mempunyai aktiviti anti-bakteria . Habbatus Sauda didapati berupaya mengawal bakteria seperti E.coli, V.cholera dan spesies Shigella. Ini bermakna habbatus Sauda baik untuk mereka yang menghidapi beberapa jenis penyakit seperti cirit-birit dan masalah-masalah perut yang lain.



6. Anti-radang (anti-inflammation)

Habbatus Sauda didapati boleh mengurangkan radang (bengkak). Oleh itu ia baik untuk pesakit asma (mengurangkan radang dalam paru-paru), eczema (alahan yang menyebabkan gatal, kulit merah dsb.) dan arthritis (bengkak sendi).



7. Menggalakkan pengeluaran susu

Kombinasi lemak dan hormon yang didapati di dalam habbatus Sauda menyebabkan pengeluaran susu ibu yang menyusukan bayi bertambah.



Di Timur Tengah, minyak ini telah digunakan selama ribuan tahun sebagai ubat untuk segala macam penyakit alergi, radang, gangguan menstruasi, tekanan moral, dan depresi, tetapi terutama terhadap bronkhitis, asma, dan neurodermatitis serta pencernaan yang buruk, bahkan impotensi
.

~ Haa..mcm2 kan HS punye khasiat..sepatutnye kita sbg ummat Islam perlu mengamalkan sunnah Nabi ni..lagipom banyak manfaatnya..Nabi takkan suruh kita amalkan sunnahnya kalau sunnah tersebut tak ade faedah dan hikmahnya..smoga kita sedar akan kehebatan sunnah Nabi kita serta mengamalkannya dlm kehidupan seharian kita..insyaAllah..amin..~


sumber  :
http://aja49.wordpress.com
http://anizyn.blogspot.com/
http://cfunet.blogspot.com/


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SeGaLaNya UnTuKMu..AbaH dan Ummi

SeGaLaNya UnTuKMu..AbaH dan Ummi